.
`
refresh 4 new artikal
.

22 July 2009

Zambry hina Nizar sertai majlis kematian Teoh! Cabar Tok Guru.

Oleh: dewa

"Zambry menghina tindakan Nizar yang menghadiri majlis kematian Teoh kerana kaum bukan Islam ada menyalakan lilin dalam majlis tersebut. Zambry dengan lebih lancang lagi mencabar tok guru supaya memberikan fatwa berhubung kehadiran Nizar tersebut. Sewajarnya, Zambry menasihati Najib yang menyalakan lilin untuk perayaan kaum India sebelum mencabar tok guru-tok guru. Tindakan keji Zambry ini sekaligus menunjukkan UMNO semakin memprovokasi selepas Nazri Aziz mengeluarkan 'fatwa' bahawa BN tidak mampu menghalang orang terjun bangunan. Artikel lengkap disertakan.

Ulama Pas patut keluar fatwa nyalaan lilin: Zambry

# Isnin, 20 Julai 2009
(www.bharian.com.my) / baruaharian

IPOH: Ulama Pas patut mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menyertai majlis nyalaan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama maka adalah wajar untuk golongan ulama Pas memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.

Katanya, ulama Pas seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, atau Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pastinya mempunyai penjelasan terhadap tindakan Mohammad Nizar itu.

"Saya bukan ulama nak komen tentang tindakan Nizar. Biar orang agama komen tentang ini. Biar tok guru komen. Dia banyak tok Guru (Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi). Dia (Mohammad Nizar) pun tok guru juga. Dia pandai baca Quran, bagi ceramah, bagi khutbah di masjid.

"Dia lagi tahu apa yang dia buat," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan The Red Solar (M) Sdn Bhd dan TCT Inc (TCTI) di sini, hari ini.

Menteri Besar mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Teoh di Ipoh, Jumaat lalu dan gambar majlis itu tersiar dalam akhbar The New Straits Times pada Sabtu lalu.

Zambry berkata, beliau bersimpati dengan kematian Teoh dan telahpun menyatakan pendiriannya di dalam laman blognya www.zambry.com. - Bernama


----------------------------tamat---------------------------

Berhubung isu menyalakan lilin untuk perayaan kaum agama lain, PAS jelas menegur semua pihak yang terbabit. Tetapi, menyalakan lilin sebagai protes ke atas kezaliman yang membawa kematian tidak mengapa. Tindakan UMNO yang berdiri akur di depan Tugu Negara lebih wajar ditegur.

Kepada Zambry, 50 tahun dari sekarang, insya-Allah nama busuk anda akan masih memalukan keturunan anda. Kita lihatlah nanti. Wallahualam."

http://www.tranungkite.net

6 comments:

  1. Undang2umno saitan pegang dan nyalakan lilin haram,pemimpin umno merompak duit rakyat,zina,fitnah,rasuah,hina hukum hudud halal bagi umno,orang umno dia rasa bagus sangat.Dia tak tau rakyat pandang hina semua pemimpin umno lebih teruk dari bangkai anjing,Khir Toyol mcm saitan,ckp mcm org baik.Pi raah Zamri mugabe muka tak malu dasar perompak, jd kau Mb makahmah.Rkyat tak hormatkau.

    ReplyDelete
  2. wei hang cakap baik sikit.tak baik tuduh2.kita kena selidik dulu.yang penting kita lihat pendapat org

    ReplyDelete
  3. kepada komen anonymous diatas,kalau kau seorang islam ,adalah sia-sia hidup sepanjang zaman.

    ReplyDelete
  4. Buang masa atas perkara yang kecil dan tidak mustahak.
    Ini hanya satu penghormatan.Ini pun boleh jadi hal.Tetapi kezaliman dan rasuah tidak dilihat..Apa dak jadi ?

    Nasi baik negara kita kaya raya dengan bahan bahan semulajadi..kalau tidak dulu dulu sudah bankcrupt..

    anak kuching

    ReplyDelete
  5. Pembodek UMNO memang banggang dan bodoh. Budak sekolah rendah pun lebih faham dan pandai dari pembodek UMNO. Pembodek UMNO tak tau apa bezanya antara perkataan "penghormatan" dan "berkabung". Sungguh malang rakyat negeri Perak mempunyai MB yang memiliki begitu banyak ijazah tapi otak jauh lebih rendah dari budak sekolah rendah. Buat malu rakyat negeri Perak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower