.
`
refresh 4 new artikal
.

10 July 2009

Utusan ‘Tak Laku’ Walau Di Beri Percuma, Tanda Kekalahan UMNO/BN

MANEK URAI – Tanda-tanda kekalahan UMNO/ BN semakin jelas apabila akhbar utama yang menjadi suara rasmi kerajaan Barisan Nasional tidak laku walaupun diberi secara percuma.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/utusantaklaku.jpgSekurang-kurangnya 200 naskah akhbar harian tersebut yang diletakkan di dua buah kedai yang dikunjungi Buletin Online sekitar kampong Laloh disini, tidak diendahkan langsung oleh orang ramai.

Salah sebuah kedai tersebut terletak bertentangan dengan Padang Majlis Daerah Dabong dimana Program Sihat dan Comel diadakan semalam.

Beratus-ratus pengunjung program yang diadakan sepanjang hari itu, hanya lalu dihadapan kedai dan tidak mengendahkan ‘kehadiran’ akhbar itu.|


(Gambar - seorang kanak-kanak menyelongkar akhbar utusan yang 'tidak laku' dikedai simpang Laloh, malam semalam)

Manakala pemilik kedai yang terletak disimpang menuju Padang berkenaan berkata beliau tidak tahu mengapa para pelanggannya tidak mahu mengambil edisi percuma sempena pilihanraya kecil DUN Manek Urai itu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/utusantaklaku1.jpg”Tak tahulah gok (kenapa) mereka tak mahu ambil,”katanya yang tidak mahu dikenali.

Seorang petugas bantuan jentera pilihanraya Manek Urai, Mohd Noor Awang, 52, turut hairan mengapa akhbar yang begitu popular itu, tidak lagi menjadi pilihan.

Beliau yang berasal dari Kemaman mahu dikenali sebagai 'Abe Noor' datang bersama kontinjen Terengganu.

Beliau berkata senario itu mungkin adalah tanda-tanda yang sangat hampir kepada kekalahan UMNO/BN.

”Saya hairan mengapa (orang ramai) tak mahu ambil dan baca Utusan, dari tadi saya perhatikan tak ada orang ambil dan baca,

”mungkin orang sudah hilang kepercayaan terhadap akhbar (itu), itu tanda-tanda yang baik bagi PAS dan Pakatan Rakyat,”katanya.

(Gambar - Abe Noor menunjukkan seikat akhbar Utusan Malaysia yang masih belum terusik dikedai bertentangan dengan Padang Majlis Daerah Dabong)
http://www.buletinonline.net/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower