.
`
refresh 4 new artikal
.

21 July 2009

UMNO Tidak Pernah Jujur Walaupun PAS Ikhlas


Biar apa pun idea "bernas" bersangkutan Kerajaan Perpaduan yang didokong oleh pimpinan tertinggi PAS dan biar apa pun justifikasi yang diberikan bagi menyokong gagasan berkenaan nampaknya, ia telah menjadi satu senjata yang kini digunakan oleh UMNO untuk memerangkap Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang.

Laporan terkini SINAR HARIAN menyatakan UMNO BN kini begitu yakin untuk menawan kerusi Parlimen Marang dan dewan undangan negeri Rhu rendang di dalam pilihanraya akan datang.

Ia menjelaskan bahawa UMNO BN tidak pernah ikhlas di dalam menerima sebarang pelawaan bagi membincangkan hal kerajaan perpaduan bersama PAS, sedangkan PAS telah terlebih awal menerima bahana dari gagasan ini apabila telah berlaku perpecahan yang begitu hebat pasca muktamar kali ke 55 yang lalu.

Belum lagi gagasan itu dimaterialisasikan samada dalam bentuk wacana dan seumpamanya, UMNO telah "memasang" terlebih awal perangkapnya untuk merampas kerusi-kerusi yang dimiliki oleh PAS di Terengganu, sesuatu peringatan yang telah diberikan terlebih awal oleh Mursyidul Am PAS mengenai merbahayanya "berkawan" bersama UMNO BN.

Masyarakat UMNO BN Marang dilaporkan menjadikan isu jarangnya kehadiran Hj.Hadi di sessi parlimen sebagai modal untuk menyerang Presiden PAS tersebut.

Malah sebelum ini Kelab GB pernah mendedahkan Kementerian Pertahanan telah merancang untuk membina Kem Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Terengganu, antara kompleks termoden dan termaju untuk pasukan berkenaan yang kini giat dibina di Wakaf Tapai, Marang dijangka siap sepenuhnya penghujung 2010.

Pegawai Pemerintah Unit 6, FRU Terengganu, Superintendan Din Ahmad berkata, sehingga kini pembinaan kem berkenaan berjalan lancar sejak ia dimulakan pada 2006.

Banyak pihak melihat pembinaan kem Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sebagai satu siri usaha pihak kerajaan UMNO BN untuk menggerakkan unit tentera FRU di negeri tersebut bagi mempastikan Terengganu akan terus kekal di bawah pemerintahan UMNO BN.

Dengan siapnya kompleks termoden berkenaan yang mampu menempatkan bilangan anggota yang begitu ramai, ia juga adalah di dalam usaha untuk menambahkan bilangan pengundi di kawasan parlimen berkenaan.

Hubaya-hubaya!

Tambahan.

Pengerusi Lembaga Disiplin yang juga Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man (yang juga pernah menulis memberikan justifikasi terhadap idea Kerajaan Perpaduan) telah mengeluarkan arahan ahli-ahli tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Kerajaan Perpaduan atau tindakan akan diambil. Arahan dikeluarkan selepas YB Dzulkefli Ahmad menulis mengenai hujjah-hujjah penolakan Kerajaan Perpaduan dari sudut syari'e yang pada awalnya tersiar di dalam Harakah tetapi kemudian ditarik semula di atas arahan pihak pimpinan yang menyebabkan puluh ribu Harakah terpaksa dicetak semua tanpa memperdulikan kerugian yang ditanggung lantarannya.

GB dengan ini meminta Tuan Ibrahim mengambil tindakan yang sama keatas mereka yang telah mengeluarkan kenyataan yang pro-Kerajaan Perpaduan selepas arahan tersebut dikeluarkan sepertimana kenyataan Nik Mohd Abduh yang lebih jelek yang tersiar di sebuah akhbar media arus perdana sehari sebelum plihanraya Manek Urai.

GB ingin bertanya apakah arahan itu hanya ditujukan kepada penentang kerajaan perpaduan dan bukan untuk para pendokong dan penyokongnya?

Berikut disiarkan rencana berkenaan.

Berita Harian, 12 julai 2009

Jika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tegas dan lantang menolak kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno, anaknya, Nik Mohamad Abduh sebaliknya mempunyai pendapat berbeza apabila yakin kedua-dua parti itu boleh bersatu.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat berkata, walaupun mungkin sukar untuk melaksanakannya, beliau yakin matlamat untuk menyatukan Pas dan Umno boleh dicapai.

“Pas dan Umno boleh bersatu tetapi kesukarannya tidak mungkin semudah ajakan (Mufti Perak) Tan Sri Harussani (Zakaria). Kita perlu mendasari punca pertentangan dan mengubatinya, bukan sekadar atas desakan untuk menyelamatkan status quo politik Melayu tertentu,” katanya yang dipetik daripada blognya.

Penentangan terhadap idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyaksikan krisis hubungan antara Nik Abdul Aziz dan orang nombor dua parti, Nasharuddin Mat Isa.

Menteri Besar Kelantan itu yang menentang sekeras-kerasnya cadangan kerajaan perpaduan membidas Nasharuddin dan menganggap tindakan Timbalan Presiden Pas itu menyokong cadangan berkenaan sebagai sampah.

Malah beberapa penganalisis politik menyifatkan tindakan Pas Kelantan yang menghalang Nasharuddin daripada turut berkempen pada pilihan raya kecil Manek Urai, Kuala Krai, sebagai dendam golongan Erdogan kepada Ahli Parlimen Bachok itu.

Nik Mohamad Abduh berkata, walaupun isu perpaduan Islam sering dibincangkan akhir-akhir ini, Pas dan Umno tetap sebagai parti kawan dan lawan.

Katanya, kedua-dua parti itu adalah manifestasi kepada jalin hubung umat Melayu dengan Islam sejak negara mencapai kemerdekaan daripada penjajahan barat.

“Pertentangan ini hanya akan berakhir apabila kedua-duanya bersatu dalam Islam atau keluar daripadanya. Jika bersatu dalam Islam, Allah akan mempertemukan mereka dengan musuh baru yang menentang Islam,” katanya.
http://greenboc.blogspot.com/~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower