.
`
refresh 4 new artikal
.

11 July 2009

Umno dan Khairy semakin tertekan dengan berita dan gambar ini..



Ustaz Nasharudin turun solat sunat Dhuha di Manek Urai

MANEK URAI, 11 Julai 2009 – Kemunculan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bersolat sunat Dhuha bersama-sama dengan Mursyidul Am dan Presiden PAS di Sungai Peria, Manek Urai, membuktikan tidak ada masalah antara ketiga-tiga pemimpin tertinggi PAS tersebut.
Ketidakhadiran beliau di dalam penamaan calon pada 6 Julai lalu dan beberapa siri ceramah bersama Tuan Guru Nik Abd Aziz, cuba digambar oleh beberapa media bahawa kononnya beliau masih tidak sefahaman dengan Mursyidul Am selepas isu Kerajaan Perpaduan.

Isu tersebut juga dimainkan oleh pihak BN di atas ketidakhadiran beliau sebelum ini. Antaranya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sewaktu turun berkempen dalam pilihanraya kecil Manek Urai dua hari telah memfitnah bahawasanya Tuan Guru Nik Aziz terpaksa membawa dan menarik balik larangan Ustaz Nasharuddin ke Manek Urai kerana terdapatnya sebilangan besar penyokong Pas di Manek Urai marah atas tindakan tersebut.

Ketidakhadiran Ustaz Nasharudin ke Manek Urai sebenarnya adalah disebabkan beliau masih dalam proses rawatan kesihatan beliau dan bukannya disebabkan isu tidak sefahaman dengan Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat.

kelmarin, beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil usus di Hospital Serdang, Selangor.

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bachok memberitahu akan memulakan kempen membantu calon, Abe Uji hari ini ketika ditemui selepas majlis berakhir.

Walaubagaimanapun, beliau memaklumkan kemungkinan tidak dapat menyertai berceramah hari ini kerana masih dalam keuzuran.

Beliau bersama-sama dengan Mursyidul AM, Presiden dan calon PAS turut sempat bersarapan bersama-sama

http://prkn41.pas.org.my

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower