.
`
refresh 4 new artikal
.

21 July 2009

Umno cuba hukum Nizar sebagai murtad?


Tindakan Datuk Seri Nizar Jamaluddin memegang lilin sebagai memberi hormat kepada mendiang Teoh Beng Hock, seorang setiausaha politik kepada seorang Exco negeri Selangor cuba dijadikan isu agama oleh juak Umno.

Teoh mati mengejut berhampiran Wisma Masalam, Shah Alam baru-baru ini selepas disoal-siasat beberapa jam sebelum itu oleh Suruhanjaya Pencegarah Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa hari lalu.

Namum begitu, menurut Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin ketika diminta mengulas pembabitan orang Islam dalam perhimpunan nyalaan lilin, berikutan kematian kontroversi Setiausaha Politik ahli Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, menegaskan selagi tindakan itu bukan amalan agama tertentu, ia dibolehkan.

Katanya, perhimpunan menyalakan lilin sebagai memperingati si mati bukan amalan keagamaan dan hanya dianggap sebahagian budaya masyarakat bukan Islam.

Berikutan itu, orang Islam yang turut hadir pada perhimpunan seumpama itu, hanya sekadar memberi sokongan moral dan tidak salah di sisi agama.

Perangai Umno ini cukup berbeza dengan tindakan pemimpin mereka yang meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara.

Perkara meletak kalungan bunga ini cukup bertentangan dengan ajaran Islam dan difatwakan haram di beberapa negeri seperti fatwa Pulau Pinang telah menyatakan bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu.

Manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

fatwaiq1

~http://lordazaab.wordpress.com/~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower