.
`
refresh 4 new artikal
.

25 July 2009

UMNO baru dok cari formula nak tawan hati rakyat..


Cari formula tawan hati rakyat - Muhyiddin

POKOK SENA 24 Julai - Ahli-ahli UMNO perlu menyambut gelombang positif yang melanda parti ketika ini dengan mencari formula segera untuk menawan hati rakyat supaya UMNO kembali menjadi peneraju perubahan dalam memenuhi aspirasi mereka.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, masalah pokok yang dihadapi oleh parti adalah persepsi masyarakat yang semakin menurun terhadap kewibawaannya.

Bagaimanapun, jelasnya, telah wujud petanda bahawa angin perubahan yang positif mula melanda UMNO ekoran pembaharuan mesra rakyat yang dilakukan oleh pemimpin tertinggi parti dan kerajaan.

Oleh itu, katanya, setiap ahli UMNO perlu berusaha meyakinkan rakyat bahawa semua usaha yang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan yang ditunjangi UMNO adalah demi kepentingan mereka.

"Saya mahu melihat mulai sekarang kita harus bertindak mengatur strategi untuk menangani masalah imej dan persepsi terhadap kita ini," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pokok Sena di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena di sini hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri mahu ahli-ahli UMNO menggunakan persidangan sebagai forum untuk berbicara secara ikhlas soal kedudukan parti termasuk menilai usaha untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Selain itu, katanya, ahli UMNO yang bersidang perlu bermuhasabah untuk mengenal pasti kelemahan dan memperbaikinya segera supaya rakyat yakin dengan perjuangan dan perubahan yang dilakukan.

"Bukan setakat itu sahaja, kita juga mesti mencari satu formula dengan cepat untuk selesaikan masalah rakyat supaya UMNO bangkit semula dan menang dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Timbalan Presiden UMNO itu turut mengingatkan ahli parti supaya membina dan mengukuhkan semangat dalam memastikan api perjuangan yang dimulakan sejak hampir 60 tahun dahulu terus menyala.

Menurut beliau, meskipun UMNO kini dilihat berada dalam situasi kritikal sepanjang sejarah penubuhannya, namun semangat perjuangan tidak boleh dibiarkan semakin malap.

"Jangan tunjuk kelemahan kita dari segi semangat kerana di luar sana ada jutaan rakyat sedang menunggu sama ada terdapat perubahan atau pembaharuan yang hendak dibawa oleh UMNO," katanya.

http://kedahlanie.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower