"Kita sudah  dapat maklumat yang boleh memberikan gambaran tragedi kematian Teoh,"Kata  Dr. Lim Boon Chye,selaku pakar bedah dan Ahli Parlimen Gopeng dalam ucapan  beliau pada ceramah PR di Gopeng malam tadi.
Menurut Dr. Lim,pengalaman  beliau mengenai kecederaan teruk pada badan sebelah kanan Teoh iaitu  bahu,pinggang dan kaki kanan dapat memberikan petunjuk bahawa beliau telah  "Pengsan atau mati " sebelum terjatuh atau dijatuhkan dari bangunan  tersebut,kata Dr. pakar tersebut.
"Selalunya mereka yang membunuh diri  akan meronta-ronta sebelum sampai ke bumi,dan dengan spontan akan menggunakan  kedua-dua tangan dan kaki sebagai tempat bertahan, serta muka mereka juga akan  mengalami kecederaan yang teruk.kedua kaki dan tangan mangsa akan mengalami  patah yang begitu teruk." katanya.
"Tetapi berlaku sebaliknya,pada mayat  Teoh yang hanya mengalami kecederaan yang teruk pada sisi kanan badan beliau  saja,dan ini memberi gambaran bahawa beliau tidak meronta semasa  jatuh.Perkara begini terjadi hanya kepada mangsa yang dibuang dalam keadaan  pengsan atau pun sudah mati sebelum itu." Tegas beliau.
Untuk itu,beliau  meminta pihak yang telah diamanahkan bagi menjalankan siasatan terhadap misteri  kematian Teoh agar telus dan melaporkan hasil siasatan kepada rakyat di negara  ini.
http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/
.
`
.
26 July 2009
Terkini..Maklumat Penting Kematian Teoh..Dr. Lim Boon Chye (Pakar Bedah)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment