.
`
refresh 4 new artikal
.

17 July 2009

SPRM Menyerbu Bangunan SUK Selangor, Khir Toyo Bila Lagi ?

oleh: addin_77

"
SPRM meluaskan siasatannya di Selangor meliputi penyelewengan peruntukan kepada DUN. Pejabat Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah diserbu oleh pegawai-pegawai SPRM berhubung siasatan ini, merampas komputer riba milik Setiausaha Politik beliau dan komputer milik kerajaan negeri.


Setiausaha politik terbabit, Teoh Beng Hock, kemudiannya diiring anggota SPRM ke pejabat SPRM Selangor di Shah Alam. 7 wakil rakyat Pakatan Rakyat disiasat SPRM berhubung penyalahgunaan dana ini. Selain dari Ean Yong dan Lau Weng San, turut disiasat adalah Teresa Kok, Elizabeth Wong, Dr Cheah Wing Yin, Edward Lee dan Hannah Yeoh. Teresa Kok disoal siasat kerana menyumbang sistem audio kepada sebuah surau di DUN Kinrara, manakala Lau Weng San disiasat berhubung program-program kemasyarakatan di DUN Kampung Tunku.

Dalam tempoh antara Januari hingga Februari 2008, 54 adun-adun BN dilaporkan telah menghabiskan separuh juta peruntukan kerajaan negeri Selangor dibawah Menteri Besar Khir Toyo. Satu laporan telah dibuat Pakatan Rakyat, namun sehingga ke hari ini tiada tindakan diambil.

Ternyata SPRM telah mengamalkan "double standard" dalam kerja-kerja penyiasatan mereka dan kes terbaru istana mewah Khir Toyo yang dianggarkan RM 24 juta juga tiada penyiasatan dibuat setakat ini. Bagaimana seorang Menteri Besar boleh memiliki rumah semewah ini. Sumber kewangan Khir Toyo amat meragukan kerana mampu memiliki banglo mewah berjuta-juta ringgit, walhal gaji serta elaun yang diterima selama 8 tahun menjadi menteri besar hanya 4.7 juta ringgit sahaja.
Sepatutnya SPRM menyiasat kes Khir Toyo terlebih dahulu, bukannya menyerbu Bangunan SUK Selangor untuk sekadar menyiasat kes memberi sumbangan sistem audio dan kegunaan wang kerajaan negeri untuk program-program kemasyarakatan. Tindakan SPRM ini seolah-olah di arah oleh 'tangan-tangan ghaib' bagi melindungi dan mengalih pandangan masyarakat daripada kes Khir Toyo.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower