.
`
refresh 4 new artikal
.

05 July 2009

Serang Hendap Media Umno-Bn Tidak Berjaya

Saya tidak sering membelek akhbar atau menonton tv milik umno-bn. Namun dari beberapa teks pesanan ringkas dan emel yang diterima ternyata serang hendap media umno-bn terhadap Pakatan Rakyat terutama di Kedah dan Pulau Pinang menimbulkan sedikit keresahan. Dan berbeda dari telahan media tersebut seolah-olah PR mulai retak akibat isu pusat penyembelihan babi di Alos Star, Majlis Perbandaran Seberang Perai atau Kampung Buah Pala, mereka lebih menyesali lagak wakil parti PR menangani media dan membiarkan diri terjebak dengan agenda media lawan.


Walhal permasalahan dalaman komponen bn ternyata parah, krisis Trengganu, puak dalam Mca, Mic, gerakan, ppp dan akhirnya kegelisahan rakyat Sabah dan Sarawak. Disebaliknya isu hangat dalam kerajaan PR tidak menyentuh isu dasar tetapi pentadbiran daerah dan beberapa isu tempatan. PR pastinya berkeupayaan meleraikan permasalahan tersebut sebaiknya.

Sayugia diingat bahawa kenyataan gopoh atau melulu tidak akan membantu malah akan diperbesar atau diperguna media mereka. Untuk memberikan gambaran negatif terhadap PR

ANWAR IBRAHIM

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower