.
`
refresh 4 new artikal
.

05 July 2009

RAPUHNYA PAKATAN, BN KUKUH SANGAT KE?

oleh MOHD ZAKI YAMAN.

bypass308.blogspot.com

"Pakatan pembangkang adalah pakatan yang rapuh sebab mereka sendiri tidak berdaftar dan tidak mempunyai manifesto yang sama dalam pilihan raya umum yang lalu."Mereka tidak terikat dengan apa-apa peraturan, dan sebab itu akhirnya DAP Kedah boleh buat keputusan sendiri keluar daripada Pakatan Rakyat tanpa merujuk kepada DAP Pusat; dan DAP Pulau Pinang boleh membuat keputusan memecat ahli Majlis (Perbandaran Seberang Perai) tanpa ada perundingan,"

"Konflik berterusan yang melanda beberapa negeri yang ditadbir pakatan pembangkang membuktikan mereka tidak mampu mentadbir sesebuah kerajaan secara bersama.pakatan itu sebenarnya hanya "indah khabar dari rupa" dan akhirnya rakyat sendiri yang menjadi mangsa." - Demikian kata Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.

Sekarang gua pula cakap, gua mau tanya orang terpelajar macam Dr Puad ni, apakah maknanya apabila pakatan yang rapuh nak mampus tu boleh tumbangkan 4 negeri milik Umno dan kekal perintah Kelantan hampir 20 tahun?

Apa ertinya ini? Rapuh bukan sebarangan rapuhlah tu, begitu juga kukuh BN bukan sebenar benarnya kukuh. Tidak begitu, Dr Puad? Gua cakap betul punya hal, jangan tengok orang gaduh, kita kata orang tak cinta sama mereka, padahal itu dugaan cinta saja ma, lepas kelahi bertautlah mereka, last-last tambah lagi seorang anak (satu negerilah maksud gua).

Lu kata lu BN mantap giler, tapi terlepas jaga 5 negeri, apa pasal? ada fikirkah lu sendiri juga ada masalah kerapuhan? kalau sudah tahu sendiri ada masalah juga, cepatlah tolong sama sendiri, jangan dok ketawa kat orang lain. Ini cakap serupa ludah langit, jatuh mana? muka lu jugak.

gua bukan cakap untuk Pas, gua cakap ini betul punya hal, gua jenis duduk cari makan punya orang, tak suka kacau-kacau. BN kukuh gua suka, Pas dan pakatan kuat gua pun suka.. gua mau cari makan ma, mana mau bising-bising.

Lu patut ha kena belajar sama depa, macam mana Pas yang kuat Islam, DAP yang macam parti Cina, PKR yang macam rojak boleh rapat jadi kawan, tanpa manifesto pun boleh sama-sama tadbir negeri? Sepatutnya lu tabik dengan kesepakatan mereka, betullah sekarang ni nampak macam kacau saja mereka ni, tapi ni baru setahun jagung, depa kena buat banyak aligment dan pembetulan, belajar dari kesilapan untuk muncul sebagai pakatan yang mungkin suatu hari nanti mengamcam periuk nasi para menteri seperti lu...mana tau kan?

satu lagi yang gua tengok depa tu tak macam BN kerana dalam BN hanya taiko Umno sahaja yang buat keputusan, si mabuk MCA, si todi MIc tau hangguk belatuk je. Dr Puad, belajarlah lihat hakikat, belajar terima hakikat. lu kena belajar banyak lagi walaupun nampak sangat cerdik dengan pakaian budaya mat salleh....pakai kot memang segak, tapi bukan boleh dibawa masuk semua majlis...ni Malaysia, panas.....belajarlah jadi betul-betul cerdik fikir, bijak minda.
maaflah gua celupar sikit sebab gua tidak cerdik macam lu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower