.
`
refresh 4 new artikal
.

29 July 2009

Perjalanan sesi inkues kematian Teoh sudah bermula…


HADIR…Ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock hadir untuk mendengar sesi perjalanan inkues kematian Setiausaha Politik salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini. Foto THE STAR Oleh: KAMARUL ARIFFIN.

Inkues kematian Teoh mula pagi ini

SHAH ALAM: Prosiding inkues Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang ahli exco kerajaan Selangor bermula pada pukul 9. 15 pagi ini di Mahkamah Majistret di sini.

BERITA TERDAHULU

SHAH ALAM: Prosiding inkues Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang ahli exco kerajaan Selangor bermula pagi ini di Mahkamah Majistret di sini.

Teoh, 30, ditemui mati terjatuh dari bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini, 16 Julai lalu selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor.

Kes yang dijangka mengambil masa 15 hari ini didengar oleh Koroner Azmil Muntapha Abas.

Seramai 77 saksi akan dipanggil memberi keterangan termasuk 28 pegawai SPRM, ahli kimia dan patologi serta beberapa teman rapat Teoh.

Keluarga Teoh akan diwakili peguam Gobind Singh Deo dan Karpal Singh. Mstar
……………………………………………………………………………………………………………….

Perjalanan sesi inkues kematian Teoh

BARISAN PEGUAM..Barisan peguam yang mewakili Teoh Beng Hock, dari kiri Gobind Singh Deo, M. Manohara, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Sankaran Nair. Foto THE STAR Oleh: NORAFIFI EHSAN.

BERIKUT adalah perjalanan sesi inkues kematian Setiusaha Politik salah seorang ahli exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock.

7 pagi: Wakil-wakil media mula berkumpul di hadapan Mahkamah Majistret 5 seawal pukul 7 pagi.

7.5 0 pagi: Pihak polis mula mengedarkan pask ebenaran mendengar inkues kepada wakil-wakil media.

8 pagi: Keluarga Teoh tiba di mahkamah, terdiri daripada bapa, abang, adik perempuan dan tunangnya.

8.30 pagi: Kira-kira 50 wartawan dibenarkan memasuki Mahkamah Majistret 5 untuk mengikuti inkues.

8.50 pagi: Peguam Gobind Singh Deo, M. Manoharan dan Sankaran Nair serta Penasihat DAP Lim Kit Siang tiba di mahkamah.

9.15 pagi: Prosiding inkues bermula. Mstar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower