.
`
refresh 4 new artikal
.

07 July 2009

Penyelewengan Khir Toyo, PKFZ Dilapor Ke SPRM



Setelah sekian lama berdiam diri disebalik pelbagai pertuduhan rasuah yang terpalit pada pemimpin-pemimpin politik Umno-BN, Gerakan Rakyat Integriti dan Ant-Korupsi (Gerak) mula bertindak.

Hari ini. Gerak memfailkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berhubung kontroversi rumah agam mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo.

Pengerusinya, Mohd Nazree Yunus berkata Gerak menggesa SPRM menyiasat rumah agam yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam itu. Laporan berkenaan diserahkan kepada pengawai penyiasat SPRM jam 10.40 pagi tadi.

“Boleh lihat di laman web mengenai perkara ini termasuk akhbar yang mengeluarkan mengenai kontroversi rumah Khir Toyo dan kita minta pemerhatian daripada SPRM,”

Rumah Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam dibina di atas dua lot tanah berkeluasan 52,041 kaki persegi mencetuskan kontroversi apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim, mendedahkan bahawa kos keseluruhan binaanya sebanyak RM24juta.

Kedua-dua lot tanah berkenaan yang berjumlah RM4juta mempunyai tempoh pajakan selama 99 tahun yang ermula sejak 20 Mac 1987 dan berakhir pada 19 Mac 2086 di daftarkan di bawah nama Mohamad Khir Toyo dan isterinya Zahrah Kechik.

Sue Lim dalam pendedahannya semalam enggan melaporkan isu ini kepada SPRM kerana beliau tidak yakin dengan keberkesanan dan peranan badan berkenaan, beliau sebaliknya menyerahkan kepada rakyat untuk menilai isu ini.

"Jadi kalau kita hendak membicarakan soal ketelusan soal integriti, kebertanggungjawaban, benda ini (isu rumah agam) Khir Toyo kena jawab kepada media dan kepada rakyat kenapa dia memiliki harta sebegini besar,"katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Gerak turut memfailkan laporan penyalahgunaan kuasa berhubung perlantikan pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA).

Mohd Nazree berkata Unit Penyelidikan Gerak mempunyai dokumen yang menunjukkan ada unsur penyelewengan dalam proses perlantikan itu.

“Kita telah serahkan berkaitan dengan kes PKFZ melibatkan antaranya dakwaan berlakunya penyalahgunaan kuasa dalam prosedur lantikan Pengerusi PKA.”

PKA bertanggungjawab menyerahkan 300 salinan laporan audit PriceWaterhouseCoopers keatas skandal PKFZ kepada Parlimen minggu lalu untuk diagihkan di Dewan Rakyat.

Laporan itu bagaimanapun dibekukan secaran tiba-tiba oleh Timbalan Speaker Ronald Kiandee, dan hanya dapat dibahaskan ketika Parlimen bersidang Disember hadapan.

Mohd Nazree Yunus berkata, laporan berkenaan merupakan perkongsian maklumat pihaknya bagi membantu SPRM menyiasat mengenai kedua-dua dakwaan berkenaan.

Mengulas mengenai sama ada laporan penyalahgunaan kuasa itu dibuat ke atas Menteri Pengangkutan Ong Tea Keat, Nazree berkata beliau menyerahkan kepada menteri bertanggungjawab untuk menjawab soalan berkenaan.

“Itu kena tanya menteri yang bertanggungjawab. Saya tidak boleh sebut siapa yang terlibat kerana dinasihatkan oleh SPRM bagi memudahkan siasatan,” katanya.

Sumber: http://www.tvantara.com/v1/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower