.
`
refresh 4 new artikal
.

03 July 2009

Peguambela Sakit, Permohonan Anwar Ditangguh



KUALA LUMPUR [12.15 am] - Permohonan Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan dokumen dan bukti pertuduhan dari tangan pendakwaraya berkaitan kes liwatnya ditangguhkan bagi membenarkan peguamnya mendapatkan rawatan kesihatan. Peguambela Sulaiman Abdullah (foto), memberitahu Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah bahawa beliau tidak sihat dan mahu berjumpa doktor. Beliau juga meminta Mahkamah untuk menangguhkan sesi hari itu. "Saya dan pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abiden, mahu meneruskan permohonan hari ini, tetapi, saya tidak sihat dan perlu rawatan," kata Sulaiman. Hakim Zabidin bersetuju dengan permohonan tersebut dan menangguhkan sidang sehingga Sulaiman mendapatkan rawatan. Menurut peguambela Sankara Nair, Sulaiman berasa pening sejak semalam dan telah dibawa ke Pusat Rawatan Pantai untuk dirawat. Anwar memfailkan permohonan mendapatkan dokumen pertuduhan dari milikan pendakwaraya negara pada Jun tahun ini, yang didakwa enggan menyerahkan bukti-bukti itu bagi membantu kes pembelaaan. Antara dokumen yang dipohon adalah rakaman CCTV, sampel DNA, laporan ahli kimia, kenyataan saksi serta laporan perubatan.

[Hairan bin Ajaib, bila peguambela Anwar jatuh sakit dan memohon cuti maka boleh pula kes ditangguhkan. Tetapi kenapa bila Hakim Sesyen SM Koomathy bercuti kes perpindahan mahkamah diteruskan dengan menggantikan Hakim yang lain tanpa sebarang makluman. Malah, hakim itu pula terus meluluskan bahawa kes liwat Anwar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi tanpa mengambilkira pandangan serta keterangan daripada peguambela Anwar. Bukankah ini sesuatu yang menimbulkan persoalan sebenarnya].

http://pahangdaily.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower