.
`
refresh 4 new artikal
.

17 July 2009

Pas nafi golongan muda punca undi merosot


Pemuda Pas Kelantan menolak dakwaan ramai pengundi muda di Manek Urai menyokong Barisan Nasional (BN) sehingga undi diperolehi calon Pas merosot.

Sebaliknya, Pemuda Pas berpendapat golongan itulah yang banyak memberi sumbangan kemenangan Pas pada 14 Julai lalu.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak setuju dengan dakwaan pengundi muda sudah menolak Pas kerana berdasarkan lima peti undi di Dewan Undangan Negeri itu secara keseluruhannya golongan muda banyak membantu parti itu.

“Saya melihat kemenangan Pas di lima saluran muda di Unit Pembuangan Undi (UPU) termasuk UPU Manek Urai Baru menunjukkan pengundi muda yang memberikan sumbangan besar untuk kemenangan Pas.

“Jika dilihat jumlah majoriti, pengundi muda di saluran dua iaitu Sungai Peria mengatasi jumlah di saluran satu (Manek Urai Baru) dan ini jelas golongan muda yang banyak menyumbang kepada kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pada pilihan raya kecil N41, calon Pas Mohd Fauzi Abdullah mendapat 5,348 undi mengatasi calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat hanya dengan kemenangan kecil 65 undi (5,283).

Difahamkan, BN menang di lima daripada sembilan pusat pengundian, iaitu Temalir, Laloh, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor manakala Pas pula menang di Lata Rek, Peria, Chuchuh Puteri dan Sungai Sok.

Dalam pilihanraya umum 2008, Pas menang di semua pusat pengundian kecuali di Manjor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang itu berkata, berdasarkan analisis itulah beliau tidak setuju dengan dakwaan golongan muda kini menolak parti itu sehingga Pas menang tipis pada pilihan raya kecil Manek Urai kali ini.

Katanya, golongan muda secara umumnya dilihat tidak memberi sumbangan tetapi apabila dicampurkan lima UPU berkenaan ia ternyata mengatasi pengundi di saluran satu dan dua.

Abdul Latiff berkata, bedah siasat yang akan dijalankan kelak bakal mengkaji dari pelbagai aspek terutamanya kecenderungan golongan muda di Kelantan sekarang.

“Perkara itu penting bagi Pas untuk menilai sejauh mana tahap sokongan golongan muda di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut berterima kasih kepada jentera Pemuda Kelantan yang bertungkus lumus sepanjang pilihan raya itu. -SH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower