.
`
refresh 4 new artikal
.

28 July 2009

PANAS : Kedah Juga Bakal Ada KATAK jika tak diawasi betul-betul.


Selangor Menanti Kedah Pula Menunggu

Assalammualaikum


Dalam minggu yang berlalu bermula dari PRK Manek Urai hingga kepada kes kematian mendiang Teo Beng Hock setpol kepada Exco selangor yang juga merangkap Adun Seri Kembangan di Pejabat SPRM di Bangunan Masalam Shah Alam. Maka rancaklah media samada dari Bloggers dan Media Gila gerombolan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia. Banyak Pro dan kontranya. Yang pastinya telah terbongkarnya satu konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan pakatan rakyat Selangor.

Ameno dan gerombolan ini menggunakan modus operandi yang sama sebagaimana mereka menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak iaitu isu RASUAH. Tiada isu lain yang boleh memerangkap Adun Pakatan Rakyat. Nak menggunakan isu skandal sex tak ada Adun Pakatan yang maniac atau pun yang kaki sex cuma ada pun yang terselak kain sikit sahaja dan bila isu ini dimainkan tidak meninggalkan kesan atau tidak menjadi kudis bisul sebagaimana Pimpinan gerombolan yang bisulnya bukan sahaja pecah tapi nanahnya memancut keluar membusuk seperti dalam rakaman DVD yang tersebar.

Jadi isu yang perlu dimainkan adalah rasuah walau pun kononnya rasuah menggunakan wang peruntukan Negeri yang amatlah ciput tapi diwar warkan seolah olah satu kesalahan yang amat besar seperti yang didedahkan oleh DSAI di Yayasan Al Nadoh Penanti baru2 ini.Kononnya rasuah adalah pembelian bendera yang berjumlah RM 2,380.00. Punyalah ciput dan mangkuk ayun sungguh bagi yang melapurkan kesalahan tersebut pada SPRM sehingga berlakunya kes kematian seorang pembantu Adun seperti yang dilapurkan.

Apalah kesalahan kes ini kalau nak dibandingkan dengan nilai pembinaan sebuah mahligai Bekas Menteri Besar Selangor yang berjumlah RM 24 juta seperti yang didedahkan oleh Adun Sekincan tapi tidak pula disiasat begitu juga dengan penyalah gunaan serta boros wang peruntukan Negeri selangor sebanyak RM23 juta yang dihabiskan dalam tempoh 3 bulan sebelum Selangor jatuh pada Pakatan Rakyat.Senyap sunyi SPRM.......Maka dengan kejadian kematian Setpol Adun Seri Kembangan itu menyebabkan Gerombolan terkedu sementara dengan cita2 mereka untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Walau pun mereka terkedu dan tersentot sementara di Selangor tapi cita2 besar mereka masih berjalan dan menjalar. Tumpuan Gerombolan adalah KEDAH. Negeri yang bakal menjadi kaya apabila HUB Petroleum yang bernilai berbilion ringgit akan diujudkan di Daerah Yan,Kedah. Maka meleleh lah air liur basi pimpinan gerombolan bila terbayangkan pendapatan yang bakal diperolehi oleh kerajaan Negeri Kedah kelak.

Dan mengikut perkiraan mereka Kedah lagi mudah ditawan kerana ada Adun2 yang telah sedia untuk melompat macam katak pisang yang melekat di dedaun pisang. Tambahan pula juga terdapatnya Adun Pakatan yang telah disoal siasat oleh SPRM diantara 2 atau 3 kali. Pejabat Adun merangkap Exco itu juga telah diserbu. Jadi makin mudahlah kerja buat gerombolan ini.

Tapi yang menariknya diakhir akhir ini bukan sahaja khabar2 angin ini bertiup merangkumi hanya Adun2 PKR sahaja. Khabarnya terdapat 3 Adun PAS juga telah dipancing agar melompat sama agar Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang di Kedah. Bunyinya macam tak munasabah tetapi tidak mustahil perkara ini berlaku. Jadi Pesanan dibuat agar Pimpinan PAS Negeri memerhatikan setiap Adun mereka terutamanya yang bermasaalah samada di peringkat Kawasan atau DUN masing2.

Terutama Adun yang kalah dalam perebutan untuk menjadi Yang DiPertua Kawasan. Tapi terpulanglah pada Pimpinan Negeri untuk mempercayai perkara ini. Kalau dulu Gerombolan memerlukan 5 Adun untuk mengambil alih negeri tetapi kini seramai 8 Adun telah dihubungi untuk merealisasikan impian Pimpinan Ameno yang diterajui oleh Ketua Perhubungan Negeri Kedah yang baru. Jadi awasilah semua adun Pakatan agar jangan terbabit dengan Rasuah atau penyalah gunaan wang dan kuasa yang telah diberi walaupun sekecil zarah agar tidak akan diambil kesempatan oleh pihak Gerombolan Ameno dengan kerjasama SPRM dan ahli komponen mereka yang lain.Kerana bagi gerombolan isu RASUAH dan SKANDAL SEX adalah perangkap mudah mereka untuk menjatuhkan musuh politik mereka.

Walau pun Rakyat tau perkara keji ini adalah kerja buat, amalan dan mainan pemimpin mereka sendiri. Ingatlah jika DSAI didapati bersalah dan dipenjarakan maka akan memudahkan lagi tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Pelanduk selalu melupakan jerat yang dipasang tetapi jerat tidak akan melupakan pelanduk selamanya.

Berkidmatlah untuk rakyat yang memilih kamu semasa PRU 12 yang lalu.Jangan ada lagi wakil Rakyat seperti ahli Parlimen Kulim. Gerombolan ketawa berdekah dekah kononnya mereka akan menang mudah pada PRU ke 13 yang akan datang dengan perangai MP yang ada. Jadi renung dan fikir2kan lah........


Jin Brabus

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower