.
`
refresh 4 new artikal
.

09 July 2009

Nik Aziz Hantar Tepak Sirih Jemput Nasharuddin Ke Manek Urai



Selepas media melaporkan mengenai "kehilangan" Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, akhirnya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempelawa Nasharuddin untuk turut sama berkempen.

Menteri Besar Kelantan itu juga mengakui pada peringkat awal beliau tidak mahu Nasharuddin datang berkempen atas alasan strategi politik, namun sekarang beliau menganggap peranan Nasharuddin masih diperlukan bagi menghadapi Umno dalam kempen pilihan raya kecil kali ini.

"Saya tidak mahu dia datang pada hari pertama itu kerana khuatir akan dicerca ketika berucap atau berceramah. Memanglah saya tak bagi dia mari, sebab kalau diboo saya pun rasa malu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini.

Sebelum ini, Nik Abdul Aziz meminta Nasharuddin meletak jawatan berikutan sokongannya terhadap penubuhan kerajaan perpaduan tetapi kemudian menarik balik kenyataannya itu.

Sehari selepas penamaan calon Manek Urai, Pengarah pilihan raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron mengesahkan Nasharuddin tidak disenarai sebagai penceramah parti itu pada kempen pilihan raya kecil Manek Urai. Ketiadaan Nasharuddin semasa hari penamaan calon menimbulkan pertanyaan di kalangan pengundi dan pemerhati politik di Manek Urai.

"Saya harap dia (Nasharuddin) dapat datang ke Manek Urai untuk turut berkempen dalam pilihan raya kali ini, kerana untuk membersihkan nama baik beliau selain kehadirannya penting untuk berkempen bagi pihak PAS," kata Nik Abdul Aziz.

"Sekarang saya sudah benarkan dia datang, nak tebus nama baik dia sendiri, berikutan isu kerajaan perpaduan dan macammacam kemelut dalam PAS," katanya.

Bagaimanapun, beliau hairan mengapa Nasharuddin tidak datang pada hari penamaan calon Selasa lepas.

Beliau menyifatkan tindakan Nasaruddin itu (tidak hadir pada hari penamaan calon) sebagai satu kesilapan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower