.
`
refresh 4 new artikal
.

22 July 2009

MSO MINTA PEMIMPIN PAS TEGUR YAB IR NIZAR PEGANG LILIN


MAKA, heboh semua apabila YAB Ir Nizar dilihat memegang lilin sebagai menghormati kematian Mendiang Teoh Beng Hock baru-baru ini. Tidak diketahui samada perbuatan YAB Ir Nizar itu menyamai salah satu rukun ibadat ugama mendiang atau pun hanya adat menghormatisi mati semata-mata. Sekiranya perbuatan tersebut menyamai rukun ibadat mereka, tentunya tidak dibolehkan oleh Syarak tetapi sekiranya sekadar adat seperti orang Melayu membakar kemenyan di rumah si mati, saya rasa tidak menjadi satu kesalahan.

Dan, diberitakan Timbalan Mufti Kedah menyatakan perbuatan YAB Ir Nizar itu tidak salah dari segi hukum Islam. Ustazah Mashitah yang suatu ketika pernah memberi hukum harus kerana `dharurat’ ke atas perempuan yang melacur untuk mencari rezeki bagi membiayai anak-anak juga memberi hukum beliau ke atas perbuatan YAB Ir Nizar. Ustazah Umno ini menyebut perbuatan YAB Ir Nizar tersebut menyalahi akidah Islam. Ustazah ini juga pernah mempersendakan hukum hudud apabila mempersoalkan adakah perlu orang Islam yang mencuri dipotong tangan kiri, kemudiannya kanan, kedua-dua belah kakinya sehinggakan terpaksa memotong mulut atau hidung sekiranya orang itu terus mencuri. Ustazah ini juga ingin menunjukkan ilmunya apabila turut memberi hukum ke atas YAB Ir Nizar.

Apa pun, seorang lagi Penulis Pro Kerajaan Perpaduan terkenal iaitu MSO (Mohd Sayuti Omar) ingin menasihatkan pimpinan PAS untuk memberi hukum ke atas perbuatan YAB Ir Nizar itu. Berikut adalah petikan dari tulisannya dalam blog beliau. “Pas juga perlu menengur sesetengah pemimpinnya yang turut membakar lilin sebagai menyatakan simpati kepada mendiang Teo Beng Hock. Ulama Pas perlu menjelaskan apakah tindakan itu tidak merosakan aqidah muslim mereka? Ingatlah sesuatu kemungkaran itu tidak boleh dilakukan walaupun kerana apa termasuk politik!” (Baca seterusnya di sini)

Wah, begitu bersemangat MSO untuk menjaga kesucian Islam. Mungkin kerana untuk menjaga kesucian Islam yang berkobar-kobar itulah MSO terlalu kepingin kepada Kerajaan Perpaduan bersama Umno. Malangnya pimpinan PAS tidak seperti MSO yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan Islam di muka bumi Malaysia ini. Kerajaan Perpaduan telah ditolak mentah-mentah oleh pimpinan Pas, dan tidak pula MSO bertanya apa hukumnya penolakan Kerajaan Perpaduan tersebut. MSO juga tidak pernah bertanya hukumnya strategi `merangkak’ malam beberapa kerat pemimpin Pas di Selangor bertemu pemimpin Umno untuk bentuk kerajaan perpaduan di Selangor sejurus PR memenangi pilihanraya di Selangor dahulu?

Bertuah Pas mempunyai penulis seperti MSO ini yang terlalu peka terhadap Islam, lebih peka daripada meniaga kambing. Memang wajar MSO diberi peluang menulis sebanyak mana pun di ruang-ruang media Pas kerana tulisannya amat membantu Pas untuk menegakkan Islam kalaupun tidak untuk merealisasikan Kerajaan Perpaduan yang `wajib disisi syarak’ itu. Saya harap YAB Ir Nizar patut belajar ilmu agama samada daripada Ustazah Mashitah ataupun daripada MSO.

http://wfauzdin.blogspot.com

1 comment:

  1. Kepada pembodek2 UMNO.... jangan putar belit apa itu "penghormatan" dan "berkabung". Budak sekolah rendah pun faham takkan kamu semua tak faham. Jangan terlalu aysik nak membodek sehingga tak tau bezakan apa itu betul dan salah. Apa yang dilakukan oleh PR semuanya tak betul tapi jangan lupa semua benda yang dilakukan oleh UMNO juga tak semestinya betul dan boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower