.
`
refresh 4 new artikal
.

23 July 2009

Misteri Kematian Teoh, Suruhanjaya Di Raja Yang Akan Ditubuhkan Perlulah Profesional Dan Bukan Hanya Sekadar Jadi Orang Suruhan !!


Mungkin ada benarnya pandangan sesetengah pihak supaya Suruhanjaya DiRaja yang bakal ditubuhkan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional perlulah benar-benar "bersih dan telus". Kita tidak mahu nanti, senario yang sama terus berlaku. Suruhanjaya DiRaja perlulah menyatakan kebenaran biarpun pahit untuk ditelan. Ini kerana kes kematian mendiang Teoh Beng Hock kini menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat, bahkan masih lagi menjadi misteri yang belum terjawab. Biarpun pihak polis sudah mengadakan siasatan mereka, namun rakyat masih sangsi dengan apa yang dilakukan. Ini kerana, kreadibiliti pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) itu sendiri sebenarnya masih dipertikaikan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Malah terdapat banyak kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam agensi itu selama ini, masih belum dapat diselesaikan. Banyak kes-kes jenayah yang tidak berpenghujung seperti kes pembunuhan dan penculikan Adik Nurin Jazlin, Adik Sharlinie, Adik Asmawi dan ramai lagi yang masih menjadi tandatanya. Sehingga ke hari ini, tidak ada mana-mana penjenayah terbabit yang ditangkap dan didakwa melakukan kesalahan tersebut. Sama juga dengan kes pembunuhan peragawati terkenal Noritta Shamsuddin dulu. Biarpun kes itu berprofail tinggi, namun "ending" siasatan polis mendapati "terdapat dua lembaga msiteri" yang melakukan pembunuhan tersebut. Keputusan itu menyebabkan tertuduh Haniff Basree akhirnya dibebaskan, sedangkan penjenayah sebenarnya masih belum ditangkap atau didakwa sehingga ke hari ini. Bukankah ini menimbulkan keraguan dikalangan rakyat?

Kes Teoh, Siasatan Biarlah Ada Penghujungnya

Banyak lagi sebenarnya kekeliruan yang berlaku. Malah, polis di Malaysia dilihat lebih "berselera" untuk mencengkam pengaruh politik parti pembangkang sebenarnya. Mereka akan bertindap "cepat, pantas dan adil" jika terdapat mana-mana laporan yang dibuat berkenaan salah laku pemimpin pembangkang. Tetapi mereka akan "menikus dan terkedu" bila ada laporan yang melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Inilah masalahnya yang menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap sebahagian besar anggota polis. Bukan semuanya begitu, namun takdir sudah menentukan bahawa mereka terpaksa melakukan tugasan yang diamanahkan oleh "Boss" hatta terpaksa melakukan kekerasan terhadap kaum keluarga dan saudara mara mereka sendiri. Sejarah ini sukar untuk dilupakan. Maka itulah, bila terwujudnya satu Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat kes-kes tertentu, rakyat amatlah mengharapkan ianya bersifat adil dan telus sepenuhnya. Tidak ada unsur-unsur ugutan dan kekangan daripada pihak berkenaan. Bahkan Suruhanjaya DiRaja yang bakal menyiasat kes Teoh Beng Hock ini juga diharap tidak hanya menfokuskan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata. Malah mereka juga harus melakukan siasatan kepada pihak polis, yang sehingga kini masih melakukan siasatan kes Teoh itu sebagai "kematian mengejut". Soalnya, kenapa istilah itu digunakan sedangkan banyak kemusykilan yang sepatutnya dihuraikan oleh mereka.

Suruhajaya DiRaja Jangan Jadi Orang Suruhan

Sususlan dari itu, rakyat juga amatlah berharap agar Suruhanjaya DiRaja yang bakal ditubuhkan itu tidak seperti mereka yang bertanggungjawab menyiasat kes "Mata Lebam Anwar" dan "Pita Video Linggam" sebelum ini. Lihat apa yang berlaku, biarpun suruhanjaya telah ditubuhkan dan menyiasat kes tersebut, bahkan mereka sudah mengenalpasti punca sebenarnya. Namun hingga ke hari ini, masih belum ada pihak yang didakwa dalam kes "Pita Video Linggam". Sedangkan pihak suruhanjaya telah mengeluarkan senarai beberapa nama mereka yang dipercayai terlibat secara langsung dalam percaturan menentukan kedudukan hakim-hakim dalam negara kita. Kenapa ini berlaku?. Maknanya, suruhanjaya terbabit akhirnya menjadi "orang suruhan" pihak-pihak atasan yang tidak mahu kroni-kroni mereka didakwa atas kesalahan yang dilakukan. Begitu juga dalam kes "Mata Lebam Anwar", tertuduh Ketua Polis Negara, hanya ditahan beberapa bulan di penjara kemudian dibebaskan kerana bersikap baik. Sebaliknya, individu yang memalsukan laporan perubatan kes "mata lebam" itu, sehingga kini belum ditangkap dan didakwa iaitu Peguam Negara Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan. Di mana keadilan mahu ditegakkan sebenarnya?. Malah, bila kes itu dibawa ke mahkamah mudah sahaja ia diputuskan oleh pihak terbabit bahawa kedua-dua tertuduh itu tidak bersalah. Sedangkan, ketika kes mata lebam Anwar digemparkan dulu mereka berdua sewenangnya mengatakan Anwar menumbuk matanya sendiri dan sebagainya. Apakah kita masih mahu percaya segala penipuan dan peyelewengan fakta ini berlaku di depan mata kita lagi agaknya?

[Sesungguhnya, rakyat Malaysia di seluruh dunia kini mengharapkan semoga Suruhanjaya DiRaja yang ditubuhkan oleh kerajaan itu nanti tidak dipengaruhi oleh kuasa pemerintah. Kita takut, apabila sesuatu keputusan dikeluarkan nanti tiba-tiba tidak ada pula pihak yang didakwa di mahkamah seperti kes "Pita Video Linggam". Sejarah lama membuktikan segalanya, maka kita amatlah terharu jika segalanya ini berlaku lagi. Oleh itu, rakyat diminta bersabar sehingga hasil siasatan oleh Suruhanjaya DiRaja dikeluarkan nanti. Apapun sama-sama kita pastikan bahawa keadilan tetap akan tertegak di bumi tercinta ini buat mereka yang teraniaya dan dizalimi. Rakyat perlu bangkit dan berjuang mempertahankan hak mereka. Jangan biarkan selamanya kita ditipu oleh puak-puak yang zalim dan dila kuasa untuk terus memerintah. Pastikan kesedaran timbul dikalangan rakyat dari segenap lapisan, agar membuat pilihan yang tepat dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang].

~http://pahangdaily.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower