.
`
refresh 4 new artikal
.

02 July 2009

MB Kedah Tegas - Isu Babi.


ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyerahkan kepada DAP Pusat untuk menentukan tindakan DAP negeri ini keluar daripada Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau bersedia menerima keputusan itu jika DAP negeri ini mengatasi keputusan DAP Pusat.

Beliau berkata, DAP Kedah tidak sepatutnya memutar belitkan isu perobohan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, di sini dan mengaburi mata rakyat hanya untuk menutup kelemahan mereka sendiri.

"Saya tidak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan, tetapi mereka yang minta tangguh selama sebulan. Saya layan dan bagi kerjasama. Saya minta mereka cari tempat baru dulu tapi mereka bohong selepas sebulan tidak ada apa-apa sekarang mereka kata hendak keluar...keluarlah kalau DAP Kedah mengatasi DAP Pusat.

"Saya serahkan Pas Pusat dan pimpinan Pakatan Rakyat Pusat untuk menentukan isu ini. Apa yang saya kesal mereka ini main politik apa...perbuatan ini seolah-olah mahu mengembalikan kerajaan Kedah kepada Barisan Nasional (BN).

Isa: Syabas... MB Kedah -Ustaz Azizan tegas dalam menjalankan tugas. Tak perlu tunduk pada sesiapa pun jika menganggu gugat perjalanan pentadbiran negeri. Thomas Su rasa dia besar kepala agaknya... boleh blah nak keluar dari PR... keluar terus... jangan patah balik. Tanpa DAP pun rasanya PR masih boleh berjuang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower