.
`
refresh 4 new artikal
.

16 July 2009

Manik Urai : Salah Haji Hadi, Nasha dan Nik Aziz


Assalamualaikum,

Hari ini 15/7/09, saya dok tertunggu-tunggu juga nak baca apa-apa ulasan yang menarik pasal Manik Urai @ 65 undi itu dalam Kedah Lanie. Ya lah, kita nak ulas sendiri kita pun tak turun di sana tak mcm di PRK Bkt Selambau atau pun PRK Penanti, kita ada sekali, bolehlah kita tumpang sama mengulas.

Tak apalah, since kehangatan majoriti tipis 65 undi itu masih terasa, dan kat kantin kilang tempat kerja tadi pun member-member pakat dok lawan bertanya, ini saya nak ulas sikit drpd pandangan peribadi, drpd kaca mana org yg tak turun sendiri di tempat mengundi.

Kat kantin tadi, kebetulan waktu makan dgn kawan-kawan, ada sorang kawan dari Kelantan. Bila tanya dia pasal isu Manik Urai ini, dia nampak macam seronok aja bersembang. Dia kata, salah satu sebab kemenangan itu ialah kerana UMNO dapat sokongan drpd budak-budak MUDA - yg dulu sokong PAKATAN bagi nak rak, pulun sakan siang malam bantu PAKATAN waktu PRU12 hari tu, hari ini bila depa tengok perjuangan depa itu dikhianati dan kecewakan oleh org-org ATAS PAS yg senang-senang saja nak berdamai dengan UMNO, terus depa tinggalkan PAS di Manik Urai. Saya tak pastilah pulak betoi ka tidak cerita kawan saya tu, tambahan pulak dia habag kata Orang Tua dia kat Kelantan sana nu ORANG UMNO!

Saya rasa, cerita dia tu versi UMNO kot, mungkin betoi mungkin dak.

Sembang secara serius pulak, drpd kacamata isu politik semasa, saya melihat "kekalahan" PAS Kelantan di Manik Urai ini adalah rentetan drpd beberapa kesilapan berturut-turut yg dilakukan secara tidak sengaja oleh barisan kepimpinan tertinggi PAS Pusat di atas sana. Dan, mungkin ini juga merupakan pertamakalinya dalam sejarah PAS, kekalahan parti adalah disebabkan oleh kesilapan pemimpin semata-mata dan bukannya kesalahan UPU/MTD seperti yang selalu kita dengar dlm post mortem bila PAS kalah di mana-mana.

Kenapa saya berkata demikian?

Salah yang pertama ialah di pihak Presiden/Timbalan Presiden/Dewan Ulamak/Pemuda Pusat kerana gagal memberikan penerangan yg jelas dan terperinci kpd ahli-ahli, pengundi dan penyokong PAS mengenai kerajaan UG.
Sepatutnya di waktu isu UG tgh memuncak hari tu, mereka patut bagi penerangan panjang lebar tentang konsep kerajaan UG seperti di Afrika Selatan dan mana-mana nu, misalnya kalau pengundi2 Baling sudah pilih Ust Taib sebagai YB depa, bila masuk Parlimen maka secara otomatik Ust Taib itu sendiri adalah kerajaan dan boleh bantu org2 susah di Baling seperti mana sebuah kerajaan patut lakukan, maka tidak akan timbul isu PAS dan UMNO bersatu mcm yg sesetengah org memahami bentuk kerajaan UG.

Salah yang kedua ialah bila mana seorang lagi pucuk pimpinan utama PAS, iaitu TG Mursyidul Am yang gagal mengawal nafsu amarahnya dan seterusnya memberi ruang kpd media UMNO untuk menggambarkan bahawa PAS adalah parti yang taksub dan tidak mahu orang-orang Melayu bersatu; saya sering terbaca tulisan-tulisan dalam akhbar perdana yang menggunakan kenyataan-kenyataan MB Kelantan untuk menggambarkan bahawa PAS lebih rela bersatu dengan DAP yg bukan Islam berbanding dengan UMNO yg secara majoritinya adalah Melayu dan beragama Islam.

Ya, sebagai org PAS kita tau benda itu tidak betul, dan semua ini adalah fitnah semata. Namun, kita harus ingat, dlm politik berpilihanraya di Malaysia ini, khususnya di kawasan majoriti Melayu, secara lazimnya pengundi-pengundi Melayu akan terbahagi kpd 3 perkumpulan yg utama; 30% UMNO, 30% PAS dan 49% Atas Pagar.

Kumpulan yg 30% UMNO ini, hangpa tok sah buat apalah kat depa, habag kata minyak naik ka, tol naik, rasuah ka, anak masuk U tak dak biasiswa ka, UMNO tak buat hukum islam ka apa ka; depa tarak nak kisah punya - mai p/raya tak kira sapa calun sure depa pangkah UMNO punya!

Macam tu jugak dengan 30% yang PAS, hangpa tok sah la nak ugut depa nak tangkap ISA ka, nak londeh ka, nak semelih ka hatta nak rebus dalam ayaq menggelegak sekali pun, darah depa HIJAU Piang, dan depa sanggup mati kerana mempertahankan perjuangan depa. Tok sahlah nak rasuah depa nak bagi jambatan ka pembangunan apa ka sebab nak dpt undi depa, tobat lahong pun depa tak undi UMNO punya. Untuk puak-puak ini, mai p/raya, boh lah sapa calun pun sure depa pangkah PAS punya.

Antara kedua-dua kumpulan ini, terdapat satu kumpulan lagi yg dinamakan kumpulan 40. Depa-depa ini mewakili hampir 40% barisan pengundi dlm masyarakat Melayu, merekalah sebenarnya yg menentukan menang kalahnya UMNO atau pun PAS dlm sesuatu p/raya itu.

Di waktu isu Anwar berada di kemuncak, kumpulan 40 ini bersama-sama dengan PKR condong ke arah PAS, mereka inilah yg memberikan kemenangan kpd kerajaan PAS di Kedah misalnya. Namun, kebelakangan ini seperti mana semua kita tahu, PKR mempunyai masalah imej (image prob) sedikit di kalangan pengundi2 Melayu seperti kes 2 org ex-PKR lompat parti di Perak yg menyebabkan suasana politik Perak menjadi tidak menentu hingga ke hari ini, dan juga masalah dalaman PKR di Selangor dan Penang dan juga beberapa cabang dan ranting di Kedah. Hari ini, kumpulan 40 ini sudah nampak berubah sedikit kecenderungan politik mereka.

Dalam kes PAS vs UMNO di Manik Urai ini, seperti saya kata tadi, Presiden/Timbalan Presiden/Dewan Ulamak/Pemuda telah gagal memberikan penerangan yg jelas kpd pengundi2 dan penyokong PAS, bukan saja terhadap kumpulan 30% penyokong setia PAS itu tetapi juga terhadap kumpulan 40 ini yg dlm PRU12 hari tu ramai yg bersama PAS. Kumpulan 40 ini tertanya-tanya apakah sebenarnya yg dimaksudkan dgn kerajaan UG ini? adakah bermakna PAS dan UMNO akan bersatu? adakah kerajaan UG ini membawa makna tiada pembangkang, semua org akan jadi kerajaan dsg?

Seperti yg kita semua tahu, di waktu semua org tertanya-tanya itu, pucuk pimpinan PAS memilih untuk berdiam diri, dan YAB MB Kelantan pula memilih untuk naik angin dan menghambur sakan terhadap pendokong kjaan UG ini terutamanya Ust Nasha, Timbalan Presiden.

UMNO pulak yg pandai, di waktu rakyat jelata tertanya-tanya; di waktu kumpulan 30% PAS 30% UMNO dan 40% Atas Pagar mencari-cari jawapan, Utusan/Berita Harian/TV1/TV2/TV3 memberikan mereka jawaban.

Jawapannya ialah: kerajaan UG membawa maksud UMNO dan PAS bersatu atas nama Islam dan Melayu!!

(Ini bukanlah maksud UG yg sebenarnya di waktu Presiden PAS melontarkan idea yg tidak kesampaian itu)

Hah, kumpulan 30 UMNO memang nak sangat benda itu kerana mereka merasakan selama ini PAS yg silap sebab lari keluar UMNO dulu, kata mereka kita kan adik beradik buat apa nak bergaduh, eloklah kita balik bersatu.

Sebahagian drpd kumpulan 30 PAS jadi marah; yg paling marah sekali ialah TG Nik Aziz MB Kelantan, dalam bahasa mantiknya beliau boleh dipetik sebagai berkata selagi mana huruf Alif, Ba, Ta, Sa sampai Ya itu kekal mcm tu dlm Quran, maka perjuangan PAS yg berteraskan Islam akan kekal sama mcm tu jugak, tak ada UG-UG ni!

Kumpulan 40 pulak jadi penin dan konfus, tambahan pulak bila depa dok baca dalam Utusan/Berita dan Berita TV yg selalu dok tunjuk Nik Aziz bengkeng sungguh dengan isu Perpaduan ini. TG Nik Aziz digambarkan sebagai anti-Perpaduan Melayu, digambarkan sebagai satu-satunya batu penghalang ke arah Perpaduan Melayu. Org lain semua nak PAS dan UMNO bersatu, tapi Nik Aziz saja yg tak mau. Sebab apa dia tak mau, depa kata sebab Nik Aziz ini taksub sangat dengan PAS dia, sampaikan tak mau tengok langsung org-org Melayu Islam di Malaysia ini bersatu walaupun pemimpin-pemimpin PAS yg lain macam TG Haji Hadi dan Ust Nasha nakkan perpaduan.

Hah! itu yg Media-Media UMNO berjaya gambarkan. Dan gambaran ini mendapat tempat yg istimewa di hati kumpulan 40 pengundi Melayu ini kerana berada di kedudukana Atas Pagar mereka cukup teruja jika ada ura-ura org-org Melayu nak kembali bersatu; mereka terpaksa berada dlm kumpulan 40 kerana mereka tidak punya pilihan, tidak boleh undi kedua-dua parti, maka terpaksa pilih yg masa satu. Jika dua-dua nak bersatu, hah elok sangatlah tu. Lantas, bila Media berjaya menggambarkan bahawa Nik Aziz adalah ejen anti perpaduan, maka reputasi Nik Aziz yg selama ini digambarkan sebagai seorang Tok Guru yang mulia dan humble kini mula dipersoalkan.

Mereka tidak paham kenapa TG Nik Aziz anti sangat dgn Perpaduan ini, taksub sangat dengan PAS sampai sanggup suruh Timbalan Presiden PAS keluar parti kalau nak sangat bersatu dengan Melayu UMNO ini. Mereka tidak faham; lantas ketidakfahaman mereka ini khususnya di kalangan pengundi-pengundi muda yg lebih banyak membaca Utusan/Berita/Metro berbanding Harakah, diterjemahkan melalui peti undi di Manik Urai semalam.

Ringkas ceritanya, pucuk pimpinan PAS di atas sana tak kira TG Hj Hadi, tak kira Ust Nasha, tak kira TG Nik Aziz sepatutnya lebih bijak berpolitik khususnya dalam menangani kehendak dan citarasa kumpulan 40 ini, kerana sesungguhnya saya sendiri, sebelum memilih untuk menjadi ahli PAS, saya juga pernah berada dalam kumpulan mereka. Percayalah, menang kalah PAS atau pun UMNO dalam kawasan majoriti Melayu banyak ditentukan oleh swing votes kumpulan ini. Manik Urai telah membuktikannya.

Sekian. Moga ada Manafaatnya.

moniermatdin@yahoo.com
16.709
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

1 comment:

  1. Umno.. Akidah ada.. tp membenarkan maksiat juga.. Maka? Fasik? Fikir2 kanlah.. Org kuat agama cam Tok guru jangan di tanya nape sifat mereka mcm tu sbab mereka berpendirian..Ilmu agama mereka dah tinggi InsyaALLAH. Kita yg jahil ni kalu guna logik akal mmg xleh nak terima..Sbb nafsu ni mcm2 mende xpuas ati..tp cuba akal tuh tunduk pada alquran dan sunnah.. InsyaAllah..Moga2 dalam rahmatNya sentiasa..

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower