.
`
refresh 4 new artikal
.

14 July 2009

MANEK URAI : Lintas Lansung Sekitar PRK N41


Lintas lansung dari Manek Urai, Kelantan.

10.39 pagi - Di SK Manek Urai Lama, kira-kira 250 penyokong PAS balas-membalas sorakan dengan lebih kurang 200 penyokong BN.

Penyokong PAS menjerit "rasuah" dan "Altantuya" (Shaariibuu) kepada lawannya, dan kedengaran ungkapan lucah dari arah kumpulan BN yang berada di seberang sebatang jalan kampung.

10.45 pagi - Di UPU Manjor - 400 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mengundi, masih berbaki lagi yang tidak keluar mengundi.

10.40 pagi - daripada UPU Temalih, keadaan penyokong kedua-dua parti saling mereka berhujah sesama mereka tetapi keadaan terkawal. Walaubagaimanapun penyokong PAS dilihat lebih bersemangat berbanding BN. Kekuatan penyokong PAS:UMNO= 60 : 40.

10.30 pagi - Seorang lelaki dan berkepala botak cuba memprovokasi penyokong dan dihalang PDRM. Suasana kembali tegang. Konvoi motosikal berkuasa tinggi PAS telah melepasi Pusat Pengundian. -perisikrakyat

10. 27 pagi - Dari kubu kuat UMNO, UPU Manjor, polis kelihatan ramai berada di pintu utama masuk ke kawasan mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Karangan, saluran 1 dan 2 semakin ramai yang telah mengundi, saluran 3 masih lagi kurang dan lengang.

Kawasan Kota Raja yang diketuai Dr. Siti Mariah Mahmod membantu keadaan di sana.

Manakala, petugas Pas UPU manjor dalam masa yang sama sedang menyediakan jamuan makan tengahari untuk para petugas PAS, 2 ekor kerbau dimaklumkan tumbang.

10.26 pagi - SPR melaporkan 38.3% atau 4,706 pengundi telah keluar mengundi.

10. 25 pagi - Di UPU Laloh suasana agak tegang apabila penyokong BN dan PAS menyerbu sebuah rumah pengundi berebut untuk membawa pengundi ke tempat pengundian. Pengundi tersebut dimaklumkan pengundi luar.


10.20 pagi Trak FRU dan polis tiba di SK Manik Urai Baru setelah dimaklumkan berlaku kekecohan

10.10 pagi - Di Manek Urai baru pula, seorang wanita "naik angin" kerana tidak tahan mendengar bacaan salawat yang kuat oleh penyokong PAS. - Malaysiakini

10.00 pagi Kebanyakan media tempatan meramalkan PAS akan memenangi PRK N41 Manek Urai. Keputusan akan diumumkan lebih krg jam 8 malam ini.

9.50 pagi - Calon Pas, Abe Uji sedang berada di Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri, calon terpaksa menaiki matorsikal berikuta jalan masuk ke tempat pengundi yang sesak.

Keadaan disana dilaporkan tegang, muslimat dan puteri UMNO saling berperang mulut.

9.45 pagi - Laungan takbir bergema di sekitar pusat mengundi sambil diselangi laungan "Hidup-hidup, hidup Islam, hancur-hancur, hancur UMNO" oleh para penyokong PAS. Keadaan masih terkawal. Berita Harian melaporkan berlaku pertikaman lidah antara penyokong Pas dan Barisan Nasional (BN) di perkarangan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Peria berhubung kedudukan mereka.

Penyokong Pas yang menguasai kaki lima di seberang jalan menghadap pintu utama dan di sisi pusat mengundi tidak berpuas hati dengan kedudukan penyokong BN yang dikatakan terlalu hampir.

9.35 pagi - Di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru ketika ini, hanya saluran 1 dan 2 yang memenuhi dewan tempat mengundi, di saluran 4 masih ketara sedikit bilangannya waktu ini.

9.35 pagi - Setakat pukul 9 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 peratus) telah keluar mengundi.

9.30 pagi Pengerusi SPR Aziz Yusof tak gembira dengan kehadiran ramai penyokong PAS di SK Peria yang menurutnya bertentangan dengan peraturan PRK Manek Urai. Seolah-olah beliau Pengurus pilihanraya UMNO BN dan bukan SPR.

9.15 pagi - Laporan dari peti undi Sungai Sok, calon PAS, Abe Uji dengan diiringi isterinya, Kak Nah sedang bertemu dengan pengundi-pengundi di Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.

Keadaan tegang disana berikutan pertembungan petugas perayu undi Muslimat PAS dan Wanita Umno, provokasi yang diberitakan dimulakan pihak Wanita Umno itu walaubagaimanapun dapat dikawal petugas keselamatan PAS.

9.10 pagi - Helikopter peronda polis mulai sesak diudara, memantau keseluruhan tempat seolah-olah Manek Urai di duduki pengganas.

9.08 pagi - Laporan dari 9 tempat mengundi, saluran 3 masih lagi lengang. Hanya saluran 1 yang di penuhi pengundi.

9.00 pagi Sementara itu, laporan dari Sekolah Kebangsaan kampung Karangan UPU Manjor, jalan ketika ini sesak berikutan laluan sempir menuju temapt mengundi.

Petugas jentera PAS lebih menguasai keadaan dalam merayu undi, hanya sebilangan kecil kumpulan puteri Umno kelihatan di sana.

8.30 pagi Setelah 20 minit melihat keadaan di Sungai Peria calon Pas, Abe uji menuju ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sok pula.

8.29 pagi Kebanyakan yang turun mengundi awal pagi ini adalah dari saluran satu.

8.20 pagi - Abe Uji telah masuk ke dalam tempat membuang undi Sekolah Kebangsaan Sungai Peria memerhati perjalanan proses pembuangan undi yang sedang berlangsung.

8.01 pagi: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba di pusat pengundi kawasan Sg Peria, SK Peria. Beliau tidak mahu meramalkan tetapi punya keyakinan PAS akan beroleh kemenangan.

8.00 Pagi : Semua pusat mengundi DUN Manek Urai telah dibuka secara rasmi sebentar tadi. Sebanyak 9 pusat mengundi di DUN Manek Urai. Selamat membuang undi.

sumber : pelbagai

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower