.
`
refresh 4 new artikal
.

15 July 2009

Manek Urai: Kemenangan PAS Sudah Pasti Akan Dipersendakan Oleh Puak-Puak UMNO Dan BN Di Muka Hadapan Media Arus Perdana Mereka


Bagai sudah dijangka akhirnya PAS menang jua, biarpun menerima tentangan yang amat dasyat daripada puak-puak UMNO BN dan kerajaan Malaysia sendiri. Bayangkan, dalam sejarah negara, peratusan keluar mengundi di DUN Manek Urai adalah yang terbesar setakat ini. Kemenangan yang disulami dengan berbagai insiden yang tidak diingini itu terbukti menggambarkan, biar apapun "kerja jahat puak-puak munafik" ini untuk merampas kuasa di Manek Urai namun akhirnya dikalahkan juga dengan kuasa Allah. Kini rakyat Manek Urai dan Kelantan bersyukur atas kemenangan itu. Mereka semua tahu apa yang terjadi sebenarnya. Biarpun begitu, PDO amat hairan dan terkejut dengan kenyataan puak-puak UMNO yang tidak boleh menerima kekalahan itu. Berbagai alasan yang diberikan untuk menunjukkan bahawa mereka di pihak yang benar. Walhal seluruh rakyat Malaysia tahu apakah strategi yang digunakan oleh puak-puak UMNO dan BN ini sebenarnya. Mereka mendapat undi yang agak besar kerana usaha merasuah, sogokan, ugutan, janji manis pembangunan dan berbagai lagi tindakan yang jelas bercanggah dengan amalan pilihanraya dalam sebuah negara demokrasi itu sendiri. Namun, dek kerana mereka UMNO dan BN, segalanya boleh direstui oleh badan yang mengendalikan pilihanraya iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya.
[Apa yang pasti, sudah tentu media arus perdana yang akan berada di pasaran esok bakal menyiarkan berita PAS ditolak rakyat Manek Urai dan BN kembali diterima rakyat. Amat melucukan bila puak-puak UMNO BN ini "syok sendiri" seperti itu. Mereka berkempen dengan segala bala tentera dan kewangan yang berjuta-juta, namun akhirnya tertewas dek suara rakyat. Memang inilah akibatnya bila kesombongan bermaharajalela di hati mereka. Mujurlah kemenangan tercipta buat PAS, jika tidak sudah pasti puak-puak UMNO BN akan "berkokok siang dan malam" mencanangkan seantero dunia bahawa BN kembali bertahta di hati rakyat. Walhal mereka memperolehi undi secara jahat dan zalim. Tindakan yang tidak berperikemanusiaan yang diluar batasan serta norma-norma kehidupan manusia terus disajikan oleh mereka. Demi kuasa mereka sanggup lakukan apa saja. Inilah kerja UMNO BN sejak sekian lama]

http://pahangdaily.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower