11.15 am: Sebuah pusat yang disyaki menjadi pusat pembahgian wang telah diserbu oleh petugas PR di Peria. Pintu rumah dikunci dari dalam. Pihak PDRM untuk masuk tidak mendapat kerjasama dari mereka yang berada dalam rumah tersebut. Disyaki 30 orang sedang bersembunyi didalam rumah berkenaan.
11.00 am: Anggaran peratusan yang keluar mengundi di UPU Kg Sg Sok dan Manek Urai Lama adalah 30%
10.30 am: Seorang lelaki dan berkepala botak cuba memprovokasi penyokong dan dihalang PDRM. Suasana kembali tegang. Konvoi motosikal berkuasa tinggi PAS telah melepasi Pusat Pengundian.
9.45 am: Kelihatan beberapa orang dibelakang bangunan berhampiran beratur seolah-olah sedang menyemak daftar pengundi kemudian masuk kedalam bangunan. Ambik duit upah kot.....
9.30 am: Suasana kembali tegang apabila penyokong PAS dan BN hampir bertumbuk tetapi dapat ditenangkan oleh PDRM.
9.15 am: Pengerusi SPR tiba di Pusat Pengundian Peria.
8.50 am: YB Pokok Senatiba di Pusat mengundi Peria. Penyokong kedua-dua pihak saling ejek mengejek. Jalanraya sesak hampir 10km
8.4o am: Suasana sedikit tegang apabila penyokong BN membantah penyokong PAS yang memenuhi pintu hadapanpusat pengundian di Peria.
8.30 am: Calon PAS Abe Uji di Pusat Pengundian Peria. Penyokong PAS lebih kurang 1000 orang. BN pula dalam 300 orang.
8.00 am: Manek Urai mula sesak. Pengundi mula keluar untuk menunaikan tanggungjawab.
.
`
.
14 July 2009
Live Dari N41 MU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment