.
`
refresh 4 new artikal
.

22 July 2009

Ku Li Patut Keluar UMNO Lebih Dulu Dari Chua Jui Meng Tinggalkan MCA


"

Kelam kabut puak puak UMNO bila Zaid Ibrahim mempelawa Ku Li masuk PKR. Mulalah masing masing memuji Ku Li. Padahal Ku Li telah dianggap kain buruk oleh puak puak UMNO.
Bila dihayati intipati wawancara TV Antara dengan Ku Li, ternyata Ku Li masih konsisten dengan prinsip. Kata katanya penuh fakta dan realisme.


Komentarnya semasa. Bila mendengar ulasannya tentang DEB, perlembagaan negara dan dasar dasar negara, seolah olah kepincangan dalam negara tidak akan berlaku jika pentadbiran negara mengikut acuan kata kata Ku Li. Namun saya hairan, kerana Ku Li masih mengharapkan semuanya direalisasikan melalui UMNO. Padahal Ku Li telah lama bergelumang di dalam UMNO. Ku Li sendiri juga tidak faham terhadap slogan WAWASAN 2020, ISLAM HADHARI dan 1MALAYSIA

Ku Li sendiri tentu sudah masak bahawa UMNO tidak mementingkan idea yang bijak untuk negara. UMNO tidak memerlukan orang yang berpandangan jauh. UMNO hanya perlukan pembodek negara. Siapa sahaja yang menjadi PM, di sekelilingnya hanya orang yang pandai mengampu. Siapa yang menjadi Yes Man dialah yang akan diangkat menjadi pembantu.

Ku Li boleh tanya Che Det, apakah Che Det masih disanjung setelah dia turun takhta? Lupakah Ku Li bahawa bila sahaja Najib diumum sebagai pengganti Pak Lah, semua orang berpusu pusu mencium tangan Najib. Tidak ada seorang menteripun menyambut kepulangan Pak Lah dari luar negara padahal pada masa itu Pak Lah masih belum melepaskan jawatan.

Sayang sungguh Ku Li masih berada di dalam UMNO. Kecerdikan Ku Li terbukti melalui idea petroliam negara, dasar ekonomi baru dan banyak langkah langkah dalam kementerian kewangan lama dulu, tetapi kenapa Ku Li masih tidak cerdik menilai UMNO. Kelemahan ini seolah olah tidak ternampak oleh Ku Li.

Ulasan Ku Li sendiri UMNO telah ditolak oleh rakyat, tetapi heran kenapa Ku Li masih berada di dalam UMNO.

Ku li sepatutnya merenung kembali sejarah dirinya. Ijazah ekonomi di universiti Ireland Utara pada tahun 1959. Ijazah Doktor Kehormat Undang undang Lincoln's Inn london pada tahun 1961. Pernah memainkan peranan penting dalam World Bank dan International Monetary Fund pada tahun 1977-1978.


Juga pernah memainkan peranan penting dalam Asian Chambers of commerce, Asian Development Bank dan macam macam lagi. Semua ini menggambarkan idea idea pemikiran Ku Li dihargai dan digarap sebaik mungkin oleh orang yang tahu menilai.

Tetapi sedarlah wahai Ku Li, UMNO hanya sebuah organisasi hampas. UMNO hanya memendapkan orang yang berkaliber jika tidak sealiran dengan pemimpin atasan.
UMNO hanyalah parti dendam. UMNO sendiri berpuak puak. Kenapa Ku Li masih boleh bersenang lenang dan merasa lapang berada di dalam UMNO?

Padahal Ku Li bercakap penuh dengan prinsip?
Keluarlah Ku Li. Masuklah parti mana manapun asalkan Ku Li tidak berada di dalam UMNO. Tindakan itu sahaja yang akan menggilap kembali cahaya idealisme yang dibawa oleh Ku Li. Masuklah parti apapun tetapi janganlah lagi mengotorkan diri Ku Li dengan najis UMNO.

Lihatlah pandangan Ku Li terhadap rampasan kuasa di Perak, terang terang Ku Li tidak menyetujuinya, tetapi Ku Li masih bersekongkol dengan parti yang melakukan rampasan itu. Adakah Ku Li sendiri hanya berkata kata dengan kata kata retorik? Adakah Ku Li sendiri seperti apa yang Ku Li komen selama ini?
Tinggalkanlah UMNO sebelum Ku Li sama sama reput dengan UMNO. Kalaupun dengan parti lain Ku Li tidak lagi dapat jawatan tinggi, sekurang kurangnya prinsip perjuangan Ku Li masih dipandang tinggi. Maka bila Ku Li mati meninggalkan dunia yang fana ini, sejarah tercatit bahawa Ku Li membawa satu idealisme yang segar dan Ku Li dikenang sebagai seorang yang penuh prinsip.
'Menggadai jawatan demi sebuah prinsip

http://kerabubersuara.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower