.
`
refresh 4 new artikal
.

16 July 2009

Khir jelajah S'gor jelas isu penggantungan

Ketua pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan menjelajah ke seluruh negeri itu bagi menjelaskan kepada semua 22 bahagian Umno berhubung penggantungannya daripada menghadiri sidang DUN selama setahun, berkuatkuasa semalam.

Penjelajahan tersebut akan bermula malam esok di bahagian Hulu Langat, kata bekas menteri besar Selangor itu.

"Saya akan ke bahagian-bahagian di Selangor untuk menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga tidak bersih dan takut di tegur oleh BN.

"Saya harap rakyat akan dapat terima penjelasan saya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya penggantungannya itu bertujuan untuk "menutup mulutnya", maka ia adalah satu kesilapan.

"Saya akan menjalankan tanggungjawab saya," katanya.

Dalam majlis di Hulu Langat malam esok, Khir berkata beliau akan mendedahkan kelemahan Pakatan Rakyat di Selangor menunaikan janji-janji kepada rakyat.

Semalam, DUN meluluskan usul menggantung Khir Toyo dan empat lagi ADUN BN, berkuatkuasa serta merta.

Khir digantung selama setahun manakala yang lainnya digantung selama enam bulan dan elaun mereka turut dipotong.

Mereka ialah Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakr (Hulu Bernam).

Tindakan itu diambil ekoran kegagalan Khir menghadiri pendengaran awam Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)) mengenai Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS).

Manakala empat itu digantung kerana didapati bersalah menghina SELCAT di media.

Semalam juga, Khir mengetuai 17 ADUN BN bertindak keluar dewan kerana membantah usul tersebut.
http://www.malaysiakini.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower