.
`
refresh 4 new artikal
.

01 July 2009

Kerana Babi! DAP Kedah Keluar Pakatan Rakyat


DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.

Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Sementara itu, difahamkan ibupejabat DAP di ibu negara akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.

Exco Babi

Di satu sudut yang lain pula, YB Tan Wei Tsu sejak beberapa bulan dahulu menjadi pejuang babi dalam semua forum rasmi dan tidak rasmi. Dia menyatakan Kerajaan Negeri yang didokonginya menindas babi, makhluk yang tuhan jadikan untuk dimakan oleh sesetengah orang. Dilaporkan dia mendakwa Kerajaan Negeri ‘bodoh’ kerana cuba mengganggu rumah sembelih itu sewaktu meninjau kawasan baru di Bukit Selambau. Nasib baik wartawan yang cerdik tidak menulisnya.

Dia tidak mengambil kes ini sebagai Exco Kerajaan Negeri, tetapi bertindak seperti pembangkang. Dia tidak mengaturkan pertemuan dengan masyarakat cina untuk memberi penjelasan dan taklimat, tetapi bertindak memaki hamun kerajaan yang dianggotainya. Tugas berdiplomasi dan menuyusun kerja yang perlu dalam kes ini dilakukan oleh YB Lee Guan Aik. Tan dilapor mempunyai rancangan berkongsi perniagaan menternak babi di Kedah, sebab itu beliau hilang focus sebagai Exco. Beliau antara yang paling marah bila Kerajaan Negeri membatalkan keputusan kerajaan BN dulu untuk buka ladang babi di Bukit Selambau.

Tan tidak buat kerja tentang orang cina. Dia hanya tahu menghentam bila ada isu. Dia jadi pembangkakng dalam kerajaan. Tiada kertas yang dibentang dalam Mesyuarat Exco tentang hal ini.

Lompat

Isu babi ini kini melarat menjadi ‘papan anjal’ untuk beberapa ADUN yang tamak membuat ‘balik kuang’. Mereka jangka papan anjal babi ini mungkin mampu melonjakkan lompatan mereka ke seberang sana. Di sebelah sana MK dan orang-orangnya sedang menanti dengan ganjaran lumayan. MK mulakan dengan mengekori Tuanku Sultan ke London baru-baru ini. Di susun saki baki orang-orangnya dalam KCS untuk membuat gerakan membangkitkan kemarahan. Ketua di sebelah sini masih orang yang sama, Papan anjal itu nampaknya sedang ‘meliuk lentur’. Peserta pertama di atas papan itu adalah Melayu yang tidak pernah menjamah babi pun. Inilah semarak babi- politik babi


http://bloglist-politik.blogspot.com/.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower