.
`
refresh 4 new artikal
.

13 July 2009

Kera Di Hutan Disusukan – Jenama Baru PETRONAS


Sumber Petroleum dan Gas Kelantan

Muat turun / download peta ini dan jadikan ia wallpaper komputer anda

Oleh Syed Azidi AlBukhary

Energy Receive Energy Return, begitulah seriusnya PETRONAS hendak menjenamakan dirinya di khalayak dunia. Iaitu sebagai sebuah 500 konglomerat terhebat dunia.

Bagaimanapun dunia harus sedar bahawa disebalik penjenamaan diri yang begitu mulia bunyinya, PETRONAS telah menyapu kebawah permaidaninya pelbagai skandal yang hina.

Kera Di Hutan Disusukan, itulah seharusnya jenama baru yang patut diberi kepada PETRONAS.

Rakyat Kelantan dan warga Malaysia seharusnya sedar hakikat sebenar-benarnya.

Rakyat Kelantan telah dinafikan haknya dan berkali-kali dikatakan bahawa Kelantan tiada hasil petroliam dan gas asli. Sebenarnya, itu adalah tidak benar sekali-kali.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Artikel 1Artikel 2(2)

Artikel 4

Artikel 12 (13)

Artikel 13

Aseambanker-1

Aseambanker - 3Aseambanker - 4Aseambanker - 5

PM 301 dan PM 302

PM301302

PM 301 dan PM 302 adalah dua blok yang kaya dengan hasil gas asli. Sumber rasmi dari operator yang diberi kontrak membuat eksplorasi dan operasi di kedua-dua blok itu membuat pengesahan menerusi rentetan kenyataan media bahawa mereka telah menemui sumber gas asli. Bagaimanapun sumber dari PETRONAS memberitahu operasi hanya akan dilakukan pada 2011 dan 2012.

Apa yang tidak diberitahu ialah terdapat dua kawasan gas di dalam blok PM 301 atau sesetengah data menyebut Blok PM 2 yang bersempadan dengan daratan Kelantan. Dua kawasan itu ialah Kawasan Ular dan Gajah.

Peta daripada Malaysia – Thailand Joint Authority (MTJA), pihak berkuasa bagi kawasan bertindih di JDA jelas menunjukkan bahawa Kawasan Ular dan Gajah terletak diluar JDA.Ianya sudah beroperasi.

PM2 Sudah Operasi

2 lagi kawasan gas asli iaitu Jerneh dan Lawit yang kini terletak di Blok 303 juga menimbulkan kemusykilan. Ia kini termasuk ke Perairan Terengganu sedangkan sebelum ini ia berada di dalam perairan Kelantan.

Tentu ada pihak yang terbabit di dalam skandal sebegini. Segala hasil yang diperolehi dalam blok ini hendaklah termaktub ke dalam perjanjian yang ditandatangani antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan wilayah dan perairan negeri yang membentuk persekutuan. Perlembagaan Persekutuan juga menjamin bahawa Kerajaan Pusat perlu memberi pampasan kepada hasil bumi yang diambil dalam wilayah negeri yang membentuk persekutuan.

Di dalam hal ini, PETRONAS bertanggungjawab melunaskan dengan tunggakan 5% royalti yang dijamin dalam perjanjiannya dengan Kerajaan Negeri Kelantan.

CS Mutiara - PM301


PM301 - 5

PM301 - 1

PM3-1 - 4 discoveryPetronas Repost 2006 -1

Dipetik dari Laporan Kewangan Petronas 2006

Petronas report 2006 -1

Dipetik dari Laporan Kewangan Petronas 2006


JDA

JDA

Kawasan Joint Development Authority yang telah di sentuh secara panjang lebar sebelum ini merupakan kawasan pertindihan diantara Malaysia dan Thailand. Pertindihan tuntutan ini kerana kawasan itu adalah dikatakan oleh Malaysia sebagai di dalam perairan salah satu negeri yang membentuk persekutuan. Di dalam hal ini, perairan itu diiktiraf Persekutuan Malaysia sebagai didalam wilayah Kelantan.

Akta 440 Malaysia-Thailand Joint Authority 1990 menjamin bahawa kedaulatan Malaysia tidak terhakis di kawasan JDA. Undang-undang, peraturan, hak dan keistimewaan terus kekal di JDA. Oleh yang demikian, hak Kelantan juga tidak dinafikan oleh akta tersebut.

Dengan yang demikian, PETRONAS adalah salah menafikan hak Kelantan.

Hess JDA

PM3

PM3

Blok PM3 atau dikenali dengan nama Commercial Arrangement Area adalah kawasan bertindih diantara Malaysia dan Thailand. Pertindihan ini kerana Kerajaan Malaysia mengakui kawasan itu terletak dan milik salah satu negeri yang membentuk persekutuan. Di dalam hal ini, ia adalah wilayah Kelantan.

Kawasan CAA mempunyai telaga minyak mentah yang telah mengeluarkan hasil. Ia juga adalah sebuah kawasan yang makmur dengan hasil bumi.

  • Kawasan ini melibatkan usahasama cari gali di mana Petronas memiliki 46.06% di Block PM-3 dan 36.85% di Block 46-Cai Nuoc.
  • Kerja pengeluaran minyak bermula pada tahun 1997 bagi phase 1 dan phase 2 dan 3 mencapai kemuncaknya pada tahun 2004.
  • Ia melibatkan kerja-kerja di telaga West Bunga Kekwa, East Bunga Kekwa-Cai Nuoc, East Bunga Raya, West Bunga Raya, NW Bunga Raya and Bunga Seroja .
  • Mengikut kenyataan akhbar Talisman, kapasiti pengeluaran ialah 60,000 tong minyak sehari dan 270 mm cfpd of gas.
  • Gas yang dibeli oleh Petronas dari kawasan ini dihantar melalui paip 24in, sejauh 170km gas Platform Resak.


Talisman - CAA - 1

Tindakan Seterusnya Rakyat Kelantan

Pada 8 Julai 2009, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan PETRONAS memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan di dalam tempoh 48 jam.

Pada 9 Julai 2009, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan yang juga bapak Menteri bernama Mustapha Mohamed telah memberitahu akhbar bahawa PETRONAS akan membuat penjelasan pada 10 Julai 2009.

Seluruh penduduk Kelantan yang peka dengan isu ini menanti dengan tekun pada 10 Julai 2009. Tetapi sehingga ke hari ini, PETRONAS terus membisu.

Mungkinkah sudah tiba masanya untuk rakyat Kelantan memberi tekanan kepada PETRONAS.

PETRONAS perlu membuat kenyataan dan terserah kepada rakyat Kelantan untuk menilai kualiti penjelasan PETRONAS. Jika rakyat Kelantan tidak berpuas hati, maka rakyat Kelantan dan warga Malaysia berhak untuk mengatur langkah seterusnya.

Bagaimanapun, pada detik dan ketika ini, adalah masih terlalu awal untuk kita memikirkan langkah kita. Lebih elok kita berprasangka baik terhadap PETRONAS dan beri mereka peluang untuk memperbaiki segala penipuan yang telah berdekad ini.

Ingat PETRONAS, Energy Receive Energy Return.

Energy receive

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower