.
`
refresh 4 new artikal
.

10 July 2009

Kenapa kenyataan Tun Dr M boleh dua jenis nada?

MANTAN Perdana Menteri yang ke-4 Tun Dr.Mahathir Mohamad agak malu malu kucing menyebut satu nama parti pembangkang iaitu Keadilan (PKR).

Petikan dari Malaysiakini dalam kenyataannya Tun Mahathir di PWTC ketika memeberi tahu pemberita berkata, “kita perlukan pembangkang untuk menegur kerajaan, kerana tidak semua yang dibuat kerajaan itu benar, tidak peduli lah parti DAP atau PAS kah,” katanya.

Yang peliknya mana satu parti lagi dalam gegasan Pakatan Rakyat, dia tak sukakah? Kerana Anwar Ibrahim ada terlibat didalam sana selaku Penasihat Umum.

Kenapa sekarang Mahathir sudah tidak berkuasa lagi memerlukan suara pembangkang,tetapi semasa dia mentadbir negara perkara itu tidak timbul? Sebaliknya, mahu sapu habis pemimpin pembangkang, malah dikutuk habis habisan khususnya para pemimpin pembangkang di negeri Sabah pada ketika itu Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Kenapa sekarang terlintas dalam pemikiran orang lama itu, apabila orang baru mengambil alih kepimpinan nombor satu negara?

Seperkara lagi, yang peliknya Tun Mahathir tidak pun menyebut PKR, beliau enggan menyebutnya, mungkin kerana PKR itu, menjadi hos kepada Pakatan Rakyat.

Selain itu pula, Tun Mahathir menyentuh tentang genapnya 100 hari pentadbiran Najib, dan menurutnya dalam sepanjang masa itu banyak negatif daripada positif.

Namun berapa jumlahkah negatif dan positif selama 22 tahun Tun Mahathir memerintah Negara… siapa boleh kira?
Tolak dan campur… tinggal berapa? Oleh-Hj.Wahab Timpai.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower