.
`
refresh 4 new artikal
.

04 July 2009

Jangan lupa, Ketua Pemuda PAS tak tolak bincang perpaduan


Ketika Tok Guru Mursyidul bertegas untuk berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri, mStar Online hari ini melaporkan berita bertajuk "Wacana ilmiah: Pemuda Umno kata "OK"".

Tentulah OK, sebab Ketua Dewan Pemuda PAS sebelum ini dilaporkan tidak menolak perbincangan perpaduan yang telah ditolak PAS sebelum ini. Dalam berita bertajuk "Pemuda PAS ajak Pemuda Umno adakan wacana ilmiah," mStar Online juga melaporkan:
Ditanya sama ada wacana itu menjurus ke arah perbincangan perpaduan yang telah ditolak PAS sebelum ini, Nasrudin berkata, "Kita tengok macam mana".
Ketua Pemuda PAS memang tak kata "ya". Tetapi, bak kata Orang Putih, "he did not rule out".

Remember, he did not rule out!

Berkaitan:
Nik Aziz tetap mahu berdebat
Sinar Harian (4/7/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap akan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengadakan debat secara terbuka untuk mencapai titik pertemuan yang dijangka menyelesaikan kemelut UMNO dan Pas yang sudah lama berlanjutan.

Beliau berkata, surat itu akan tetap dihantar walaupun Najib mengeluarkan kenyataan menolak pelawaan itu.

“Hari ini baru saya nak hantar surat itu. Dia nak tolak dia punya fasal. Saya tetap dengan keputusan saya. Lagipun saya tak kirim lagi surat tu. Surat saya akan kirim hari ini.

“Saya tetap nak berdebat. Saya yakin dengan cara ini kita dapat mencapai titik pertemuan atau penyelesaian di atas apa yang berlaku selama ini,” katanya kepada media pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Darul Naim di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Najib yang menolak pelawaannya untuk berdebat secara terbuka.

Ketika diminta mengulas mengapa beliau berkeras mahu berdebat sedangkan langkah terbaik adalah bermuzakarah atau bermuqabalah beliau berkata, Pas banyak kali mempelawa UMNO tetapi pelawaan untuk itu ditolak.

“Pas terutama Pas Pusat sudah banyak kali meminta untuk bermuzakarah dengan UMNO tetapi ditolak. Tak jadi-jadi. Jadi apa yang kami belum minta lagi ialah debat. Dan debat ini bukan pandai-pandai saya.

“Allah sendiri sebut, kita ada tiga cara. Pertama bilhikmah iaitu diberitahu secara biasa. Kedua, walmau’idah juga diberitahu secara biasa dan ketika wajadilhum. Ia bermaksud mesti bermujadalah. Ini beza dia.

“Presiden dunia pun dalam masa pilihan raya dia berdebat sesama calon mereka. Obama berdebat dengan lawan dia dari parti Republikan. Sekarang ini Susilo Bambang Yudhono berganding Boediono, Megawati Soekarnoputri bersama Prabowo Subianto,” katanya.

Beliau berkata, masalah debat hanyalah teknikal, apa yang penting ialah masalah akidah.

“Debat mereka hanya masalah teknikal sahaja. Tetapi debat ini ialah masalah akidah. Kita sembahyang tanpa akidah tidak akan diterima di akhirat. Kita pergi ke Mekah tanpa akidah tidak akan diterima,” katanya.

Sementara itu, beliau tidak bersetuju kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifly Noordin yang meminta debat itu diadakan secara tertutup dan berkumpulan.

Menurutnya, kenapa perlu diadakan secara tertutup sedangkan selama ini bercanggahan pendapat dan pertelagahan antara Pas dan UMNO berlaku secara terbuka.

“Sejak Pas ditubuhkan pada tahun 1961, apa yang berlaku di antara Pas dan UMNO semuanya secara terbuka. Kenapa sekarang perlu diadakan secara tertutup,” katanya.
http://penarikbeca.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower