.
`
refresh 4 new artikal
.

23 July 2009

ISU PEGANG LILIN - DEWAN ULAMAK PAS BETUL, NIZAR PUN BETUL


Oleh: WFAUZDIN NS

ISU memegang lilin oleh YAB Nizar sewaktu menghadiri majlis penghormatan ke atas Mendiang Beng Hock nampaknya seolah-olah menjadi isu besar melebihi dari isu bertafakkur dan kalungan bunga kepada patung Tugu Kebangsaan. Ini adalah kerana personaliti YAB Nizar selaku MB Perak yang dipilih oleh rakyat itu. Beliau adalah pemimpin Pas, oleh kerana itu tindakan beliau sentiasa menjadi perhatian dan tentunya pihak lawan ternanti-nanti apakah kesilapan yang akan dilakukan oleh YAB Nizar. Hatta, pada saya jika beliau tidak tersengaja terkentut di khalayak ramai, pastinya Zambry atau pemimpin Umno serta merta akan meminta Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan `fatwa' hukum di atas kelakuannya itu.

Saya ingin mengulas sedikit tentang kenyataan Dewan Ulamak Pas berkaitan isu memegang lilin oleh YAB Nizar. Kenyataan tersebut boleh dibaca di sini. Dewan Ulamak menyatakan bahawa sewajarnya YAB Nizar tidak menghadiri majlis penghormatan ke atas mendiang berkenaan memandangkan majlis tersebut `meragukan' samada ianya majlis ibadat ugama Mendiang atau pun tidak. Di dalam Islam, sekiranya terdapat perkara yang meragukan, maka lebih baik ditinggalkan. Saya bersetuju dengan pandangan Dewan Ulamak Pas tersebut kerana itulah yang diajar oleh Islam.

Cuma, saya tidak bersetuju Dewan Ulamak Pas memberi pendapat bahawa YAB Nizar tidak perlu hadir ke majlis berkenaan. Pada pendapat saya, samada majlis tersebut mendatangkan keraguan atau tidak, hanya boleh ditentukan oleh YAB Nizar sendiri setelah beliau meneliti program dan aturcara majlis berkenaan. Sekiranya YAB Nizar yakin bahawa tiada sedikit pun keraguan di dalam majlis berkenaan, maka hukum yang dinyatakan oleh Dewan Ulamak Pas tersebut tidak terpakai kepada YAB Nizar. Saya merasakan, mungkin YAB Nizar lebih yakin bahawa majlis tersebut adalah majlis penghormatan mengikut adat semata-mata tiada kena mengena dengan `rukun' ibadat ugama Mendiang. Kita sebagai umat Melayu pun penuh dengan adat istiadat, begitu juga dengan kaum lain.

Tetapi, seandainya YAB Nizar mengetahui bahawa memegang lilin seperti yang beliau lakukan itu adalah salah satu dari upacara keagamaan Mendiang, tentunya saya bersetuju bahawa YAB Nizar telah melakukan satu kesalahan dan beliau wajib bertaubat. Justeru itu, di masa-masa akan datang setiap pemimpin atau sesiapa sahaja yang berugama Islam ingin menghadiri satu-satu majlis yang dianjurkan oleh mana-mana pihak yang bukan berugama Islam, hendaklah terlebih dahulu mengkaji dan bertanya samada majlis tersebut merupakan satu majlis keagamaan atau pun tidak.

Walau bagaimanapun, saya musykil dengan teguran dari beberapa pihak terutamanya dari pemimpin Umno dan juga Mufti Perak tentang isu ini. Adakah ianya lahir dari keikhlasan untuk memperbetulkan? Jika lahir dengan ikhlas untuk memperbetulkan, mengapa sekian lama Umno memerintah masih terdapat perkara yang jauh lebih besar dilakukan oleh Umno dan kerajaan yang bertentangan dengan Islam? Bagaimana dengan Akta zalim ISA? Penghormatan kepada patung Tugu Negara? Lesen Judi? Konsert yang melalaikan seperti `Jom Hebuh'? Hubungan seorang menteri kabinet dengan Israel? Rancangan TV yang menampilkan aksi yang tidak sopan dan menyalahi syarak? Penentang terhadap hudud? Bahkan, di Perak sendiri rampasan kuasa ternyata menyalahi prinsip demokrasi dan hukum.

Itulah sebabnya kita meragukan sebarang kenyataan oleh pimpinan Umno dan Mufti Perak tentang apa jua isu berkaitan Islam. Pandangan dan kritikan mereka berpilih, dan mereka hanya mahukan PAS melaksanakan Islam seratus peratus sedangkan mereka yang memerintah tetap berpegang kepada sistem sekular. / Kembali ke laman Asal di Sini.

3 comments:

  1. sdr memang layak jadi ulamak dua alam

    ReplyDelete
  2. Sekadar pendapat.....
    Cuba jengok blog YB Idham Lim...
    Seorang cina dahulunya beragama budha dan sekarang memeluk islam....
    Dia kata pegang lilin tu sekadar adat sahaja dan x brkaitan agama pun....

    ReplyDelete
  3. Saya masih tak faham apa yg menjadi isu memegang lili ni sebenarnya.kalau yg menjadi masalah sbb seolah2 upacara agama pun org Islam dharam kan pakai tasbih kerana sami Buddha pun guna tasbih,sujud dlm solat pon xbleh kerana ada satu mazhab dlm Kristian juga sembahyang dgn bersujud.saya yakn YB Nizar tau apa yg dia buat.Sungguhpun dia belajar di UK jgn terkejut kehidupan dia lebih Islamik dr org2 UMNO yg amik syariah sekali pun.jgn isu kan bende remeh

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower