.
`
refresh 4 new artikal
.

09 July 2009

Husam: KJ cuba elak isu royalti


Ketua Pemuda Umno cuba mengalihkan isu royalti minyak Kelantan dengan menuduh Exco negeri Kelantan, Datuk Husam Musa cuba menghalang Timbalan Presiden PAS berkempen di Manek Urai.

Menafikan tuduhan Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam, Husam berkata beliau sekadar ahli jawatankuasa pusat PAS dan tiada kuasa menghalang Nasharuddin Mat Isa berceramah pada pilihanraya kecil DUN tersebut yang sedang berlangsung hingga Selasa depan, seperti yang dilapor oleh Malaysiakini.

"Saya ingat dia (Khairy) nak larikan perhatian daripada isu royalti minyak. Royalti minyak yang dia kena jawab. Ini Umno yang buat.

"Kita tak ada sekat sesiapa. Mungkin dia (Nasharuddin) ada kerja lain, (jadi) dia tak datang lagi. Di Parlimen pun dia tak pergi," katanya apabila diminta mengulas isu ketidakhadiran pemimpin kanan PAS itu yang dijadikan modal kempen Umno di Manek Urai.

"Takkan di Parlimen pun saya yang larang. Mungkin sehari dua lagi (dia datang)," kata Husam lagi"

Sementara itu mstar online melaporkan sebentar tadi mengenai Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berkempen untuk calon parti itu Sabtu ini.

Menurut laporan itu beliau akan ke Kelantan malam esok dan seterusnya membantu calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah keesokan hari.

Hari ini beliau menjalani pembedahan kecil di bahagian usus di Hospital Serdang, Serdang.

Beliau menjalani pembedahan kecil itu bermula 9 pagi tadi. Ia dijangka berlarutan kira-kira sejam.

Laporan itu menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Bachok itu tidak ke Manek Urai kerana masalah kesihatan. Dan, hari ini beliau dirawat di Hospital Serdang dan kemungkinan akan berada di Manek Urai Sabtu ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower