.
`
refresh 4 new artikal
.

12 July 2009

HISHAM : PPSMI gagal mansuh di tangannya, bagaimana dengan ISA?





Kini, keputusan PPSMI dimansuhkan telah terlaksana. Kepada semua pihak yang memperjuangkan isu ini merafa’kan rasa syukur dan lega. Dalam tempoh ini, semua bala bencana, mudaharat dan bahana PPSMI ini dimuntahkan seperti laharnya gunung berapi. Dulu baik, sekarang tak baik.

Tidak kurang yang melahirkan rasa lega ialah Hishammuddin – Bekas Menteri Pelajaran ini melahirkan rasa lega dengan keputusan berkenaan. Agak jangkal bunyinya jika sekadar itu yang diucapkannya. Bukankah lebih baik jika ungkapan “mansuh” itu berlaku pada zamannya berkuasa. Sekurang-kurangnya tidaklah para sasterawan menjadi musuh dan tokoh bahasa digelar pengkhianat dan rektorik.

Apa yang difikirkannya hanyalah survival politik. Tindakannya mempertahankan PPSMI sehingga ke akhir jawatannya sebelum ini semata-mata kerana takut bertindak menentang arus ‘pemikiran’ pemimpin Umno ketika itu. Paling ditakutinya ialah mendapat tentangan ex-bosnya Dr. Mahadhir Mohamad.

Paling menyakitkan setiap kali isu ini diutarakan, ia mesti mengaitkannya dengan masalah partisan, katanya didalangi parti politik, pejuang bahasa diinjak-injak dan dihina cerca kerana berkongsi pentas dengan pemimpin pembangkang. Pangkat Sasterawan Negara juga dipersoalkan. Demonstrasi serata negara dengan ratusan tangkapan dan dakwaan menjadi ‘hadiah’ untuk mereka semua.

Hari ini, selepas keputusan dibuat, dia tumpang gembira, lega dan pelbagai sanjungan kembali menguntum kepada pejuang bahasa ini. Katanya mereka ini sebenarnya ikhlas cuma kementeriannnya dahulu keliru untuk membuat keputusan. Ungkapan ini dibuat juga untuk menyelamatkan survival politiknya. Hishamudin bukan suka menongkah arus. Sifat lalangnya itu membawa padah kepada masyarakat dan apa sahaja yang dipimpinnya.

Dulu PPSMI tidak berjaya dimansuhkannya. Kini ISA pula dibawa tanggungjawabnya? ada harapankah kita? Mari kita doakan agar ia menjadi harimau yang sebenar, bukan sekadar menjadi kucing, menjilat dan menggesel-gesel di bawah kaki tuannya.

https://khairulrijal.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower