| Oleh Angkasanuri  Perpecahan yang berlaku dalam MCA dilihat  semakin kronik apabila Datuk Ong Tee Keat berpatah arang dengan timbalannya  Datuk Chua Soi Lek. Isu ini bermula dari pemilihan MCA lalu dan terus berlarutan  apabila Ong Tee Keat menggunakan kuasanya sebagai presiden dengan membuka  kembali kes 'VCD Terlampau" Chua Soi Lek di peringkat jawatankuasa disiplin  parti.
 
 
 Sehingga hari ini masing-masing saling tuduh menuduh dengan  dakwaan cuba menjatuhkan di antara satu sama lain. Saya yakin Chua Soi Lek tidak  mampu bertahan lama dalam MCA dan tidak mustahil beliau kemungkinan akan  mengumumkan keluar dari parti.  Tetapi parti mana yang sanggup terima Chua Soi Lek? Sekiranya  Chua Soi Lek ingin menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat saya harap  jangan sekadar fikir dua tiga kali tetapi kena fikir 1001 kali!  Biarlah Chua Soi Lek menubuhkan parti baru atau pun menjadi  parti bebas.  | 
No comments:
Post a Comment