
- Perkhidmatan Allahyarham Pak Su Wil yang tidak dapat ditandingi
- Kekuatan menjalankan tugas Jentera PAS yang penuh didikasi, bersungguh-sungguh dan sikap penuh pengurbanan.
- Imej PAS yang bercambah di diri rakyat dalam kekecohan UBN ketika ini.
- Isu Perak, keputusan kehakiman, cara penyelesaian, jarak hari pembicaraan antara UBN dengan Pakatan Rakyat.
- Imej Pemimpin UMNO yang didedahkan keburukan oleh UMNO sendiri, masih dilantik sebagai pemimpin.
- Ketokohan Kepimpinan Kelantan masih menjadi kesayangan rakyat Kelantan.
- Rakyat semakin cerdik dan tidak termakan dengan rasuah dan politik wang BN/Umno.
- Rakyat mulai sedar dengan cara projek me segera yang akhirnya projek itu menyusahkan rakyat.
- Jumlah mata pelajaran yang dikecilkan untuk peperiksaan SPM.

Dengan 9 faktor ini sudah memadai untuk membenam projek Kain Pelikat, Kain Batik, Duit makan dan minum untuk menyambut ketibaan Menteri-menteri dan mendengar ceramah Menteri-menteri. 9 Fakta ini juga perlu dimantapkan lagi dengan ahli-ahli PAS yang berkempen secara santai di kedai kopi. Kalau PAS boleh memenangi jumlah undi yang lebih besar dari PRU12 sudah pasti PRU13 kejayaan berpihak kepada PR.
source : anakgurun52.blogspot.com
source : anakgurun52.blogspot.com
No comments:
Post a Comment