.
`
refresh 4 new artikal
.

18 July 2009

Era Najib Altantuya : Parti Poitik Perkauman Tiada Masa Depan - Chua


Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng berkata masyarakat Cina di Malaysia yang mengamalkan politik satu kaum tidak mempunyai masa depan dinegara ini.

"Orang Cina tidak mempunyai masa depan dalam parti satu kaum, kerana parti satu kaum hanya berlegar- legar dalam pusaran yang semakin mengecil. Orang- orang Cina perlu bersama- sama orang Melayu, India, Kadazan dan Iban kerana halatuju politik masa hadapan adalah parti pelbagai kaum," kata Chua.

"Saya mencari- cari parti yang berbilang kaum dan kini pencarian saya telah tamat. Saya temui impian saya dalam Parti Keadilan Rakyat," ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas membuat pengumuman menyertai parti Keadilan Rakyat berkuat kuasa serta merta petang tadi.


Beliau juga secara rasminya melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi MCA Bahagian Bakri.

"Saya dengan ini mengumumkan perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi MCA Bahagian Bakri dan dengan izin Ketua Umum kita, saya mengumumkan penyertaan saya ke dalam Parti keadilan Rakyat," umum Chua.

"Bukan mudah untuk saya membuat keputusan meninggalkan parti yang telah saya berkhidmat selama 23 tahun. Tetapi saya yakin kini berada dipihak yang benar dalam sejarah politik negara," tambahnya lagi.

Chua muncul bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di majlis forum anjuran parti itu yang bertajuk "Kebenaran di sebalik skandal: Perak, PKFZ dan konspirasi BN" di Sunway Resort Hotel & Spa.

Chua menerima tepukan gemuruh kira- kira 2000 hadirin, sebaik sahaja melangkah masuk ke dewan itu. -TVA



Mengapa saya tinggalkan BN?
Terdapat banyak spekulasi baru-baru ini mengenai apakah langkah saya seterusnya dalam politik.

Hari ini, saya membuat satu keputusan penting dalam hidup saya - meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Saya meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang saya pegang selama 23 tahun, membebas diri ini untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan saya untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang saya tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008.

Hari ini saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA. Sekarang saya mengumum saya menyertai PKR.

Hari ini saya yakin yang saya berada di pihak yang betul dalam sejarah, pada saat yang amat genting dalam sejarah negara kita. Apa yang mendorong saya untuk berbuat demikian?


Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenanjung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan, bagi pertama kalinya, sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata " jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan".

Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat.

Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu. - Malaysiakini




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower