.
`
refresh 4 new artikal
.

21 July 2009

Era Najib Altantuya : Ahli Majlis Kajang Beri Keterangan Pada Polis


Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa hadir di Ibu Pejabat Polis Shah Alam untuk memberi keterangan berhubung laporan yang dibuat terhadap soalsiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jumaat lalu.

Tan yang ditemani peguamnya, Ivan Hock dan ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San tiba di Ibu Pejabat Polis Shah Alam kira-kira jam 8.50 malam, selepas beliau diarahkan untuk tampil membuat percakapan berhubung aduannya.

Tan adalah antara tiga lagi yang diminta memberi keterangan berhubung kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang ditemui di tingkat lima, dipercayai jatuh dari pejabat SPRM di tingkat 14, bangunan Plaza Masalam, Jumaat lalu.

Dua lagi yang diminta hadir memberi keterangan di ibu pejabat polis ialah Exco Pengurusan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota Alam Shah, M Manoharan.

Kedua-dua mereka didapati menghubungi Teoh sebelum bekas wartawan Sin Chiew Daily itu pergi ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan pada hari Khamis, kira-kira jam 5.15 petang.

Polis menemui telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai SPRM Selangor, minggu lalu.

Sehingga ini, polis telah mengambil keterangan daripada 33 saksi, termasuk 8 pegawai dan kakitangan SPRM, yang dipercayai dapat membantu siasatan.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan Pakatan Rakyat Selangor cuba bermain wayang berhubung insiden yang menimpa Teoh.

“Orang mati kita tak main wayang, ini soal kematian seorang pemuda yang disoal siasat di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan ia adalah di bawah jagaan pencegah rasuah,” katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian kepada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam di Dewan Jubli Perak, Shah Alam, pagi tadi.


http://greenboc.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower