.
`
refresh 4 new artikal
.

06 July 2009

Email Rozmal : India P.Pinang jauh lebih bertuah dari Melayu Rembau


Berikut ialah petikan email dari seorang teman , email ini bagi che'GuBard agak tidak setuju kerana mengambil kira perbezaan berdasarkan kaum. Namun ingin dikongsi di sini untuk tatapan semua dan untuk difikirkan semula.

Untung betul jadi orang India di Malaysia ni. Malang sungguh jadi orang Melayu di Malaysia ini. Lebih malang lagi Melayu di Negeri Sembilan, lagi lagi malang Melayu di Rembau.

Melayu di Rembau juga akan kehilangan tanah tempat tinggal mereka. Bukan tanah haram, bukan tanah kerajaan , tapi tanah adat yang diwarisi sejak berates-ratus tahun.

Namun nasib Melayu Rembau tidak mendapat liputan media seperti nasib India di Kg Buah Pala , Pulau Pinang.

Lebih malang lagi Surau yang akan dirobohkan di Rembau kerana memberi laluan kepada pembangunan juga tidak diberi perhatian media. Bukan media asing , bukan CNN , bukan Al Jazeera , tapi Utusan, Berita, TV3, TV1 dan sewaktu dengannya seolah-olah meminggirkan nasib Melayu N.Sembilan.

Kita ni di Malaysia ke , di India atau di Israel ?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower