.
`
refresh 4 new artikal
.

06 July 2009

Eksklusif: Pilihanraya Kecil Manek Urai, Tindakan Polis Gunakan Kawat Berduri Serta Kereta Perisai Semasa Proses Penamaan Calon Amatlah Diragui !


KUALA KRAI [6.00 pm] - Ramai dikalangan para penduduk dan rakyat di kawasan pilihanraya kecil DUN Manek Urai terkejut dengan tindakan pihak polis membawa "kereta perisai" (foto) semata-mata untuk memantau proses penamaan calon pilihanraya kawasan itu pagi tadi. Malah ada dikalangan mereka melaungkan perkataan "Nyah kau polis !! Ini bukan kawasan peperangan !!". Mereka hairan dengan tindakan polis itu, yang jelas sekali telah menakut-nakut rakyat dan penduduk setempat. Bahkan, selain daripada kehadiran beberapa buah kereta perisai turut dilihat ialah deretan lori FRU bersama anggotanya yang berkawal seolah-olah akan berlaku peperangan. Malah, tindakan pihak polis yang menggunakan "kawat berduri" kononnya bagi menghalang penyokong kedua-dua belah pihak membuat kacau ganggu terhadap polis, jelas merupakan satu lagi kedangkalan yang amat nyata. Pihak polis yang memberi arahan itu sememangnya telah membuat satu kesilapan yang tidak sepatutnya. Proses penamaan calon sebenarnya adalah aktiviti biasa yang berlaku dalam setiap kali pilihanraya. Belum pernah terjadinya rusuhan semasa proses itu berjalan. Kebanyakkan yang terjadi hanyalah "provokasi" yang dilakukan secara "terancang" oleh pihak polis sendiri, yang mahu memberi imej yang buruk kepada Pakatan Rakyat.

Jika inilah caranya pihak polis menjaga keselamatan rakyat, maka bukannya rakyat semakin selesa malah mereka menjadi takut pula kepada anggota polis. Terkadang, terasa simpati juga melihat "adik-adik" dan "abang-abang" kita yang bernama "polis" ini. Mereka terpaksa menjadi "pak turut" dan mengikut apa sahaja arahan "bangang" yang dikeluarkan oleh pihak atasan atas isyarat daripada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Makanya, mereka lupa yang lambang polis yang terdapat pada topi dan baju mereka itu ada tertulis kalimah "Allah, Muhammad". Anehnya, segala tindakan yang mereka lakukan jelas sekali tersasar daripada gambaran yang diberikan. Hasilnya, rakyat melihat polis bukan lagi pembela rakyat yang teraniaya dan tidak berdosa. Sebaliknya polis kini yang telah menganiaya dan menzalimi mereka. Lantaran itu jugalah, kita tidak hairan pabila polis yang sudah tua dan pencen akhirnya akan kembali ke pangkal jalan serta mengakui segala kesilapan lampau mereka. Ketika itulah baru terasa untuk beribadah kepada Allah, setelah sekian lama hidup dalam "pembohongan". Mereka bukan mahu sangat menzalimi rakyat, tetapi terpaksa akur dengan arahan pihak atasan. Polis di Malaysia kini sudah menjadi satu pekerjaan "terkutuk" dan "haram" bagi sebahagian besar rakyat Malaysia. Mereka bukan sahaja dikaitkan dengan rasuah, malah kini sengaja membiarkan diri mereka diperalatkan semata-mata kerana "patuh dan taat" kepada "boss". Inilah bukti jelas bahawa matlamat hidup mereka sudah jauh tersasar dan wajar dikembalikan semula ke pangkal jalan. Jika tidak, selamanya polis di Malaysia akan dipandang hina oleh hamba rakyat. Apakah ini yang dimahukan?.

[Melihat kepada senario yang berlaku ini, maka kami menjangkakan pilihanraya kecil DUN Manek Urai pastinya akan membabitkan berbagai insiden keganasan yang dilakukan oleh pihak polis. Malah, kawalan yang begitu ketat di kawasan penamaan calon sejak jam 5.00 pagi lagi membuktikan kepada kita sesuatu yang lebih besar akan berlaku sepanjang kempen pilihanraya kecil ini. Apa yang pasti, Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri telah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan anggota polis memastikan Barisan Nasional menang kali ini. Jika tidak, beliau pasti tahu bahawa "sepupunya" Najib Razak pasti akan mendapat malu yang lebih besar nanti. Kepada semua petugas Pakatan Rakyat, sila berhati-hati dengan "provokasi" yang bakal berlaku bila-bila masa sahaja dari sekarang. Bahkan kita tau lah siapakah yang telah diarahkan melakukan perbuatan tersebut itu sebenarnya!!].

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower