.
`
refresh 4 new artikal
.

10 July 2009

Datuk Seri PM, fail apa yang KJ pegang?


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ingat dia pandai berpolitik dan boleh memeningkan kepala orang bila dia meratib-ratib istilah perpaduan Umno-PAS.

Dalam berita bertajuk "KJ opens door to PAS, slams Husam Musa," Malaysiakini hari ini melaporkan Khairy berkata, apa sahaja perbezaan antara PAS dan Umno boleh diselesaikan. Beliau berharap sesuatu boleh dilakukan selepas pilihan raya kecil Manek Urai nanti.

Dari segi strategi nak mendapatkan undi untuk Umno di Manek Urai, kita tunggu sahajalah sama ada apa yang Khairy cakapkan itu cakap-cakap bijak atau cakap-cakap bunuh diri.

Khairy mungkin rasa dia cerdik sangat bila dia kata ada pemimpin Pemuda PAS di Manek Urai yang menjanjikan sokongan mereka kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil itu.

Kita pun tak nak mintak dia buktikan siapa orang yang dia dakwa itu. Bodoh sangatlah kalau kita buat gitu.

Yang lebih baik untuk kita lakukan ialah mari kita pakat-pakat gelakkan kelentong Khairy itu. Tak payahlah dok bodoh menafikan benda yang sememangnya tak wujud.

Selepas ini kalau orang-orang Manek Urai pakat-pakat maki Khairy sebab "hina Tok Guru" kami, kita nak tengok apa pulak kuntau politik Mamat yang seorang ni.

Tak hina apanya, dia tuduh orang tua tu tak reti fikir sendiri dan hanya mendengar cakap Haji Husam Musa sahaja. Orang selalu menuduh, ketika pak mertuanya jadi Perdana Menteri dahulu, dengan mudah Khairy boleh mempengaruhi orang tua tu supaya menuruti kehendaknya. Itu orang tuduhlah. Saya tak tau la betui ka, dak ka.

Teringat pulak kata-kata orang, kawaq (pencuri) yang menuduh orang lain mencuri.

Saya tulis dengan lembut mengenai Khairy sebab saya harap sangat beliau terus menjadi duri dalam mimpi dan cita-cita Datuk Seri Najib Tun Razak.

Orang-orang Umno sendiri sakit hati dan setiap hari memendam geram, kenapa Najib tak berani ambil tindakan terhadap Khairy? Fail apa yang menantu Pak Lah tu pegang?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower