
Ini adalah petikan pertama saya yang diterjemah dari surat  akhbar Bahasa Cina, SinChew Daily, yang dikatankan Racist oleh Utusan  Malaysia.
Ia berkenaan dengan Isu Pusat Penyembelihan Khinzir di  Kedah...
DAP Keluar Dari Kerajaan Pakatan  Rakyat? Tunggu Dulu
Pakatan Rakyat runtuh kerana sebuah pusat  penyembelihan khinzir?
Sekiranya hubungan mereka adalah begitu rapuh,  iaitu DAP keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, maka PKR juga akan keluar  dari Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan kemudian PAS akan keluar dari  Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, kemudian Perak, oh, Perak dah habis  dah...
Maksud saya ialah sekiranya sebuah Kerajaan  Pakatan Rakyat di atas bergaduh dan berpecah, akhirnya mereka akan ditakbir  semula oleh Barisan Nasional, pada masa itu, mereka semua (Pakatan Rakyat) tidak  perlu berebut kuasa lagi kerana mereka bukan lagi Kerajaan Negeri.
Ini  bukan gurauan saya semata-mata, memang terdapat pergolakan kuasa di antara PKR  dan DAP di Pulau Pinang, begitu juga dengan Kerajaan Selangor, PAS dan PKR juga  begitu.
Ini (perkongsian kuasa) adalah benda yang perlu dibelajar oleh  Pakatan Rakyat dari Barisan Nasional, ini yang dikatakan kematangan  politik.
Politik adalah seperti pengurusan sebuah syarikat, dimana  Pengurus syarikat tersebut haruslah berfikiran terbuka dan ke hadapan, manakala  orang bawahan haruslah tahu berbincang, memahami kehendak barulah kata sepakat  boleh dicapai.
Sekiranya sebuah syarikat mempunyai pendapat yang berbeza,  contohnya bahagian pengeluaran produk dan bahangian pembelian bahan mentah  mempunyai pandangan yang berlainan, ia akan membawa kepada kerutuhan sebuah  syarikat, kerana masing-masing tidak dapat berbincang sesama diri apa kehendak  syarikat.
Kedua-dua bahagian tersebut haruslah berbincang dan mencari  kata sepakat, inilah yang dikatakan pengurusan yang matang.
Balik kepada  isu pusat penyembelihan khinzir, setelah memerhatikan pandangan dan penjelasan  daripada kedua-dua pihak, sebenarnya mereka mempunyai alasan tersendiri kenapa  mereka melakukan sedemikian.
Bagi pihak Kerajaan PAS Kedah, alasan mereka  ialah mereka menyatakan pusat tersebut tidak mempunyai sebarang permit untuk  beroperasi, selain itu, bahan buangan yang tidak dikendalikan dengan betul yang  dibuang ke dalam sungai telah menimbulkan masalah kepada kaum Islam. Majlis  Perbandaran telahpun memberikan tempoh untuk berpindah kepada premis tersebut  dan sekiranya tempoh tamat maka kerja merobohkan premis akan  dilakukan.
Manakala untuk pendirian DAP, walaupun mereka tidak  menyebutkan tentang kebersihan pusat pemyembelihan tersebut dan masalah kepada  kaum Islam, tapi apa yang mereka mahukan ialah Kerajaan PAS Kedah haruslah  menyediakan tempat baru dan mesra alam sebelum pusat tersebut  dirobohkan.
Pada pandangan saya, sekiranya pusat tersebut telah mencemari  kawasan tersebut dan membawa masalah kepada penduduk kaum Islam maka ia perlu  dipindahkan.
DAP dan masyarakat cina tidak harus membantah secara membuta  tuli sekiranya ia melibatkan masalah "khinzir". Ya, jika ia melibatkan masalah  alam sekitar maka ia harus dipindahkan ke tempat yang sesuai.
Untuk  Kerajaan PAS Kedah pula, mereka harus menyediakan tempat yang sesuai, yang tidak  akan mencemarkan alam sekitar untuk pusat tersebut, bukan hanya merobohkannya  sebelum menyediakan satu alternatif, itu adalah tanggungjawab Kerajaan PAS  Kedah.
Sekiranya kedua-dua pihak berincang sebelum bertindak, isu ini  tidak akan timbul sebegini.
Pusat penyembelih khinzir telah dirobohkan,  tapi Kerajaan Pakatan Rakyat harus dikekalkan demi rakyat.
Penulis, Tay Tian Yan (from  SinChewDaily)
http://opinions.sinchew-i.com/node/10578sumber~
http://gomalaysian.blogspot.com
.
`
.
07 July 2009
DAP Keluar Dari Kerajaan Pakatan Rakyat? Tunggu Dulu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

No comments:
Post a Comment