.
`
refresh 4 new artikal
.

24 July 2009

BN kerja keras tawan Kedah


KULIM - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mendakwa tidak ada sebarang pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sepanjang peralihan kuasa sejak 8 Mac tahun lepas. Menurutnya, sehingga hari ini PR Kedah terbelenggu dengan pelbagai masalah politik dalaman sehingga melupakan agenda rakyat sepertimana yang dilaungkan ketika berkempen.

Shafie menegaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kerajaan Kedah menjadi milik UMNO dan Barisan Nasional.

Ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, beliau menegaskan UMNO akan bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan Kerajaan Kedah menjadi milik UMNO dan Barisan Nasional.

“Ini merupakan janji yang dibuat kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bahawa kami akan memastikan Kerajaan Kedah akan ditawan semula oleh UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

“UMNO banyak menabur jasa yang tidak ternilai kepada orang Melayu dan tanpa UMNO, negara tidak mampu membangun dengan pesat sepertimana dikecap hari ini. Apa yang kerajaan Kedah berikan kepada rakyat? Tidak ada pembangunan dilaksanakan. Pasaraya Tesco di Sungai Petani, itu bukan kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Kedah. Saya yang meluluskan dan memanggil vendor Melayu, Cina dan India untuk berniaga di sana. Kerajaan PR di Kedah tidak lakukan apa-apa untuk pembangunan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu.

Shafie tidak menafikan kekalahan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU 12 disebabkan sikap perjuangan segelintir pemimpin yang terpesong dari landasan sebenar. Namun atas kesedaran itu, UMNO kembali memperjuangkan rakyat sekali gus memartabatkan bangsa Melayu.

Mengulas masalah dihadapi Pakatan Rakyat (PR), beliau berkata, Pas sendiri berpecah kepada dua. Ada di antara penyokong dan pemimpin Pas yang merestui perjuangan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ada di antara mereka yang menyokong Datuk Seri Hadi Awang.

Beliau menyifatkan PR mementingkan diri dan semakin retak dan hanya mengejar pangkat dan jawatan di dalam parti.

“UMNO dan BN memerintah selama 50 tahun dan terbukti keberanian mereka dalam menangani pelbagai masalah dalam dan luar negara tidak seperti kerajaan PR di Kedah yang hanya mementingkan pangkat dan jawatan semata-mata.

“Sebagai contoh, lebih 17 tahun Manek Urai di bawah pemerintahan Pas, di mana kemajuan?, katanya.
http://kedahlanie.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower