.
`
refresh 4 new artikal
.

08 July 2009

BN hanya mahu kahwin dengan PAS – Khairy Jamaluddin


2009-07-07: Ikuti terjemahan temuramah ekslusif wartawan Sin Chew daily bersama Khairy Jamaludin ekoran persetujuannya menyambut baik pelawaan 'Wacana Ilmiah' Ketua Pemuda PAS yang disokong pula oleh bapa-bapa badut dalam PAS.

S: MCA tidak bersetuju Umno berbincang dengan PAS untuk menubuhkan kerajaan perpaduan?

J: Mereka tidak menentang, tetapi mereka mempunyai rasa prihatin. Mereka memperingatkan kami supaya tidak melupakan lain-lain anggota parti.

Saya sudah katakan sejak mula lagi, jika kami berbincang dengan PAS, kami bukan sahaja akan berbincang berkaitan perpaduan Melayu, tetapi isu-isu berhubung rakyat Malaysia. Saya tidak fikir Umno dan PAS akan meminggirkan orang lain. Saya percaya bahawa Umno dan PAS akan melibatkan sama semua.

UMNO memperkenalkan konsep Satu Malaysia sedangkan PAS pula merupakan sebahagian untuk semua. Saya tidak fikir adanya sesuatu yang dikhuatirkan. Kami bukan berbincang berkaitan perpaduan Melayu atau orang Islam. Kami mahu meneroka ruangruang untuk bekerjasama. Jika ianya berjaya , maka ianya nanti bukan “kerajaan UMNO-PAS " tetapi “kerajaan BN-PAS " dimana PAS akan menjadi sebahagian daripada BN.

S: Kenapa anda hanya berbincang hanya dengan PAS, tetapi tidak dengan parti-parti lain?

J: Sebab pimpinan PAS tidak mempunyai rasa prejudis peribadi terhadap Umno.Tetapi DAP dan Keadilan , mereka bersikap prejudis terhadap Umno. Pemimpin-pemimpin PAS lebih rasional. Kami boleh berbincang dengan orang yang rasional tetapi adalah sukar berbincang dengan seseorang yang mempunyai prejudis peribadi terhadap kami.

S: Anda bercakap tentang kerajaan perpaduan, tidakkah itu bercanggah dengan sistem dua aliran? (kerajaan dan pembangkang-alhusseyn)

J: Tidak tidak tidak, DAP dan Keadilan masih akan wujud disana. Kami hanya bercakap dengan PAS bukan dengan DAP dan Keadilan. Mereka masih lagi pembangkang. Disebabkan PAS memulakan perbincangan dengan kami dan kami bercakap bukan sahaja berkenaan isu Melayu dan Islam, tetapi juga berkaitan ISA, kebebasan bersuara dan isu-isu nasional.

S: PAS kata sekiranya anda mahu berbincang, PAS mahukan DAP dan Keadilan turut sama. Adakah Umno akan meminta MCA dan lain-lain anggota parti ikut serta perbincangan tersebut?

J: Sudah tentu! Sekiranya kami berbincang dahulu dengan PAS, pastinya kami akan membenarkan lain-lain anggota parti menyertainya.Kami tidak mahu membuat sebarang keputusan tanpa penglibatan lain-lain parti.

UMNO dan PAS mempunyai sejarah yang sama , jadi kami boleh mulakan dahulu. Tetapi ini tidak bermakna yang kami mahu meminggirkan yang lain, saya mahu anggota parti-parti lain bersama.

Saya mahu tegaskan di sini bahawa jika kami menagambil keputusan ‘berkahwin’ , maka ianya akan di sepakati dan dipersetujui oleh lain-lain anggota parti. Kami tidak akan bertindak bertentangan denghan hasrat mereka.

Jika kami ambil keputusan untuk berkahwin, ianya adalah “perkahwinan antara BN dan PAS” bukannya “perkahwinan antara Umno dan PAS”.

(Temuramah asal dan sepenuhnya [KLIK]

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower