.
`
refresh 4 new artikal
.

03 July 2009

"Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam"

Oleh : Pembela

Wajar ataupun tidak wacana Ilmiah yang dicadangkan oleh Dewan Pemuda Pas Pusat kepada Pemuda Umno Malaysia tidak perlu dipersoalkan lagi. Terutamanya melibatkan ahli-ahli Pemuda dari kedua-dua parti berkenaan. Ia wajar disokong dengan sepenuh hati berpaksikan niat dan iltizam untuk membawa kebaikan dan mencari kebenaran. Budaya wacana ilmiah sesuatu yang perlu disuburkan dalam segenap peringkat masyarakat termasuk juga parti politik. Wacana adalah medan paling bersopan, beretika serta harmoni untuk menyampaikan sesuatu pandangan.



Tahniah buat Ketua dan Dewan Pemuda Pas Pusat yang mencadangkan wacana ilmiah ini.

Berwacana bukan untuk meraih political millage individu, maupun parti yang terlibat, sebaliknya hendaklah menjurus mencari jawapan serta menyelesaikan sesuatu permasalahan yang berbangkit. Dalam kes wacana ilmiah yang dicadangkan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat tersebut pastinya beliau merujuk kepada beberapa perkembangan muktakhir politik yang berlaku dalam negara ini, khususnya melibat Pas dan Umno itu secara langsung. Ini mungkin, Pas dan Umno adalah parti politik yang secara majoritinya disertai oleh orang Melayu beragama Islam dan bangsa-bangsa lain yang beragama Islam ataupun golongan bumiputera.

Tidak keterlaluan jika saya turut mengatakan bahawa Pas dan Umno berhak mendapat pengiktirafan sebagai sebuah parti bersifat King Maker dalam politik Malaysia buat masa kini dan akan datang. Peranan dilihat akan bertukar ganti antara Umno dan Pas.. Buktinya tidak perlu saya ulas, memadai kita melihat kepada keputusan PRU 11 dan PRu 12 lalu.

Sesunggguhnya, tidak boleh dinafikan bahawa kedua-dua parti sejak dulu hingga sekarang berkerja keras dalam segala hal dan tindakan tidak kira masa maupun tempat disegenap pelusuk tanah air, cuba menarik sokongan golongan Melayu kepada parti masing-masing. Dalam konteks sekarang, khususnya pasca PRU 12, kedua-dua parti iaitu Pas dan Umno sudah pasti melihat dan mengikuti serta merasai beberapa perkembangan menarik melibatkan sikap dan sokongan rakyat dikalangan orang Melayu terhadap parti masing-masing.

Pas secara terbuka mendakwa bahawa partinya semakin disenangi dan di terima oleh orang-orang Melayu khusus generasi muda, di samping golongan bukan Islam, sehinggalah melahirkan Kelab Penyokong Pas yang disertai oleh bukan Islam. Begitu juga Umno, mendakwa bahawa partinya masih menjadi pilihan utama orang-orang Melayu dan bumiputera di negara ini. Alasannya kerana partinya masih menang majoriti memenangi kerusi Parlimen dalam PRU 12 lalu.

Apa jua hujah, petunjuk maupun bukti yang ditampilkan oleh kedua-dua parti tersebut, ia bukanlah suatu yang mutlak kepada rakyat khususnya generasi muda untuk memilih ataupun bersama parti-parti berkenaan pada masa depan. Perlu disedari bahawa, generasi muda masa kini dan akan datang adalah komuniti dalam masyarakat yang terdedah dengan ledakan sumber maklumat yang pastinya mempengaruhi pemikiran meraka, termasuklah dalam hal parti dan politik.

Umum melihat bahawa Pas dan Umno adalah musuh politik yang tegar sejak dari dulu hingga ke hari ini. Sebab permusuhan nya terlalu banyak untuk dihuraikan. Tetapi yang paling ketara ialah pertembungan ideologi perjuangan antara kedua-dua parti tersebut.

Bagi penulis, kerana ideologi perjuangan inilah yang membezakan antara Pas dan Umno samada dari segi politik, organasasi partinya maupun keahlian. Pas sejak ditubuhkan komited dengan ideologi berteras agama tauhid iaitu untuk menegakkan ajaran Islam yang suci dan mulia dalam semua aspek kehidupan, khususnya dalam hal-hal berkaitan pemerintahan. Pas membawa gagasan Negara Islam. Ia akan diperjuangkan, walaupun terpaksa mengambil tempoh masa yang panjang. Kerana Islamlah, Pas itu wujud di negara ini dan terlibat dalam politik di Malaysia. Sebaliknya Umno pula berteraskan kepada kefahaman nasionalisme yang sekular. Umno menyakini bahawa nasionalisme yang menunjangi perjuangannya tidak menyalahi dari segi agama, bahkan rata-rata ahli Umno beranggapan bahawa perjuangan mereka berada dilandasan yang benar.

Dari sinilah punca segal konflik yang berpanjangan antara Pas dan Umno. Tindakan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Hassan At-Tantawi mempelawa Pemuda Umno Malaysia mengadakan wacana ilmiah, sesuatu yang signifikan dan perlu disokong oleh semua pihak. Harapan kita supaya melalui wacana ilmiah ini, rakyat dapat mengetahui dasar dan prinsip perjuangan kedua-dua parti tersebut.

Sehubungan itu penulis amat bersetuju bahawa tajuk wacana tersebut dikekal seperti yang dicadangkan oleh Pemuda PAS. Tajuk ini mampu merungkai permasalahan yang sering mengelirukan rakyat dan masyarakat dalam negara ini. Perlu difahami bahawa wacana ilmiah bukan ‘platform’ kerjasama Pas-Umno seperti yang digambarkan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Wacana ilmu juga bukan untuk mencari siapa untung ataupun rugi seperti yang dibimbangi oleh Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk Razali Ibrahim.

Memetik kata-kata Datuk Razali yang disiarkan dalam media online, “"Tetapi saya beritahu Nasrudin, tajuk wacana hendaklah universal iaitu yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai terutama orang Melayu.

"Apa untungnya tajuk itu kepada orang ramai? Tajuk itu mungkin untung kepada Pemuda PAS sahaja," katanya.

Jika Pemuda Umno Malaysia melihat tujuan wacana ilmiah disebalik untung-rugi dari sudut politik, maka hasrat Pemuda PAS untuk bersemuka dengan mereka tidak akan berkesampaian. Sekaligus penyelesaian kepada permasalahan tidak dapat diatasi.

Jika diperhatikan jawapan ataupun komentar kedua-dua tokoh Pemuda Umno Malaysia tersebut, jelas sekali mereka takut untuk berwacana dalam hal-hal berkaitan dasar dan prinsip perjuangan parti yang mereka dukongi. Ini kerana wacana ilmiah yang dicadangkan bertajuk Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bercanggah Dengan Syariat Islam adalah suatu topik yang menyentuh perkara dasar dan prinsip parti Umno itu sendiri.

Oleh itu, keengganan Pemuda Umno Malaysia untuk berwacana atas tajuk yang dicadangkan oleh Pemuda PAS Pusat tersebut, bolehlah dianggapi bahawa mereka cuba menyembunyikan fakta dan kefahamana sebagain besar rakyat Malaysia (Melayu/Islam) bahawa Umno adalah parti sekular yang tidak selari dengan tuntutan Islam. Maka tindakan Pemuda Umno Kelantan mencabar Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat berdebat adalah suatu sandiwara politik ‘tidak berkelas’, semata-mata untuk mecari publisiti murahan, di samping mahu mengalih perhatian rakyat kepada isu utama yang bersangkutan Umno/Bn yang semakin dipandang hina dan nista.

Umno/Bn yang mula sedar, rakyat khususnya generasi muda secara jelas menolak parti yang dianggap keramat tersebut terpaksa mencari pelbagai kaedah dan pendekatan untuk memperlahankan serta menggagalkan kemaraan Pas menguasai politik tanah air masa kini dan akan dating.

Apapun, secara peribadi saya mengharapkan wacana Ilmiah antara Pemuda Pas dan Umno menjadi kenyataan. Sebabnya untuk menjaga kepentingan rakyat dan agama Islam yang suci. Sekaligu, selari dengan harapan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk Razali Ibrahim yang mementingkan keuntungan rakyat. Hakikatnya ialah, keuntungan yang perlu kita carai dann utamakan kepada rakyat ialah keuntungan kehidupan rakyat yang mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT, bukanya kerana keuntungan di atas kemewahan kehidupan duniawi hasil rompakan harta rakyat.

Wallahu alam.

http://www.detikdaily.net/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower