.
`
refresh 4 new artikal
.

15 July 2009

Akibat Kekalahan UMNO Di Manek Urai Buatkan Blogger UMNO @ Brave Heart Kini Bagai Cacing Kepanasan Dan Gila Meroyan Dibuatnya !!


Maka selepas kemenangan PAS di Manek Urai semalam, semakin hari semakin ramai puak-puak UMNO yang "gila meroyan", mereka tidak boleh menerima takdir yang telah ditentukan. Mereka terkejut dengan "jutaan wang ringgit" yang ditaburkan di Manek Urai, namun UMNO dan BN akhirnya tertewas juga dengan 65 undi. Malah, lebih menyakitkan hati mereka ialah undi rosak lebih tinggi daripada majoriti undi yang diperolehi oleh PAS. Dalam pada itu, bukan sahaja pemimpin UMNO yang "tidak lena tidur" dengan kekalahan ini. Ramai juga dikalangan "Blogger Pengampu UMNO" yang bagai "cacing kepanasan" dibuatnya. Beliau amat kecewa dan tidak sangka yang parti karat UMNO BN tewas, sedangkan mereka telah melakukan berbagai usaha dan strategi untuk memburu kemenangan. Sementara itu, salah seorang "Blogger UMNO" yang "melolong seperti polong" akibat kekalahan BN itu ialah BraveHeart iaitu "Taiko Blogger Pembela Negara" bagi negeri Pahang Darul Makmur. Dalam posting terbaru di blognya yang bertajuk "Jawapan Kepada Pahang Daily Dan Penyokong PAS/PKR Yang Busuk Hati", beliau secara jelas menghuraikan beberapa perkara yang sudah tersemat didalam "Hati Berani"nya itu berhubung kekalahan BN di Manek Urai. Justeru itu di bawah ini PDO siarkan luahan hati "BraveHeart" atas semua itu.

BraveHeart
: "Tahniah kepada PAS kerana memenangi PRK Manek Urai walaupun dengan majoriti kecil. Kepada BN, kalau ada janji tak payahlah nak tunaikan kerana rakyat Manek Urai tak memerlukan pertolongan dan kita percaya bahawa wakil rakyat yang dipilih sanggup membantu segala kesusahan yang rakyat hadapi dan mungkin membekalkan ikan-ikan busuk kepada yang memerlukan bantuan" PDO: Inilah dia budaya yang ingin ditanamkan oleh BraveHeart kepada puak-puak UMNO. Bila kalah, segala janji jangan ditunaikan. Sebaliknya rakyat di kawasan itu perlu ditindas secukup-cukupnya. Jangan diberikan segala bantuan dan peruntukan kerajaan BN. Walhal ada lebih 5,000 pengundi BN di Manek Urai. Maka sepatutnya janji-janji BN itu perlu ditunaikan terutamanya untuk membina jambatan baru. Jika ini gagal dilaksanakan, ia bermakna BN memang "kaki pembohong" dan suka menabur janj-janji palsu. Memang inilah kerja-kerja mereka sejak dulu, kini dan selamanya. Inilah yang BraveHeart mahukan?. Makanya, sudah pasti pengundi BN yang ada itu pun akan menyokong PAS dalam pilihanraya umum akan datang. Apakah BraveHeart sedar agaknya dengan senario ini?

BraveHeart: "Saya harap BN jangan berikan apa-apa bantuan bagi meningkatkan taraf ekonomi Manek Urai, ini harga yang patut mereka bayar kerana memilih parti yang kununnya memperjuangkan Agama tetapi sebenarnya hanya mementingkan diri sendiri dan kroni" PDO: BraveHeart lupa sejarah agaknya. Selama ini rakyat Kelantan sudah dinafikan hak dan segala bantuan daripada Kerajaan Pusat. Namun mereka masih boleh terus hidup dan berkerja seperti biasa. Malah, Kelantan kini pesat membangun dibawah pentadbiran PAS. Buktinya, cuba lihat bangunan-bangunan yang ada di Kota Bharu jika mahu dibandingkan dengan Kuantan?. Malahan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia awal-awal lagi memilih Kelantan sebagai destinasi pelancongan berbanding Pahang. Itu belum termasuk terbinanya pasaraya besar TESCO yang memilih Kota Bharu sebagai lokasinya di Pantai Timur, dan bukan di Kuala Terengganu dan Kuantan. Malah, puak-puak UMNO sendiri pun akan mengadakan lawatan untuk bershooping ke Kelantan bila ada musim cuti. Destinasi utama Pengkalan Kubor, Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah, Tumpat dan banyak lagi. Adakah puak-puak UMNO mahu adakan lawatan sambil belajat ke Kuantan. Kemana nak bershooping agaknya?. Bukankah ini menunjukkan negeri Kelantan Maju dan bukan seperti yang dikatakan oleh BraveHeart.

Braveheart:
"Sebelum ini pun saya telah perjelaskan bahawa saya bukanya blogger UMNO. Saya tidak dibayar oleh UMNO dan saya juga bukan ahli UMNO tetapi bagi PDO, sesiapa yang menyokong pendapat dan usaha Kerajaan atau menentang parti pembangkang akan dianggap sebagai blogger UMNO. Begitulah singkatnya fikiran mereka ini. Begitulah singkat dan kurangnya akal blogger PDO ini" PDO: Bila masa pula PDO kata BraveHeart Blogger UMNO. Cuma, bila BraveHeart berkata bagi pihak UMNO dan BN, makanya BraveHeart adalah suara mereka. Tidak salah untuk dikatakan BraveHeart "Blogger UMNO". Malahan BraveHeart yang kononnya berhati berani adalah merupakan "Taiko Blogger Pembela Negara" yang ditaja oleh kerajaan UMNO dan BN untuk menggempur "Blogger Berhaluan Kanan" seperti PDO ini. Makanya, ini bermakna BraveHeart adalah penyokong UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. Biarlah PDO tiada akal pun, asalkan bisa menggegarkan seantero dunia.

BraveHeart:
"Ya, saya berkata sesedap mulut, kurang ajar dan memaki hamun? TG Nik Aziz kata Tuhan pun mencarut. Yang selalu kita nampak menggunakan kata-kata kotor dan kesat adalah penyokong PAS. Cuba lihat di ruangan komen pada posting berkenaan. Saya faham bahawa kayu ukur yang digunakan oleh pihak pembangkang sama saja iaitu: jika UMNO buat – salah, tetapi jika PAS buat – betul. Jika UMNO buat – haram, tetapi jika PAS buat – halal. Tidakkah ini ’haramjadah’ namanya?" PDO: Pelik, tadi BraveHeart kata bukan blogger UMNO. Nah! Sekarang BraveHeart memuji UMNO. Bukan semua yang UMNO buat itu salah sebenarnya. Ada juga yang betul. Tetapi yang salahnya lebih banyak. Sebab pemimpin UMNO, bila dah dapat kuasa maka mereka mula lupa daratan. Laungan untuk membela rakyat sudah tiada lagi, yang ada ialah projek. Mulalah mohon projek balak, tender dan berbagai lagi. Maka itulah kita dapat melihat ramai pemimpin UMNO yang hidup dalam kemewahan melebihi harta dan pendapatan yang diperolehi. Jika projek dihalang, maka mereka akan memberi rasuah kepada pihak yang berkenaan. PDO tahu semua ini sebab membesar dalam acuan UMNO. BraveHeart tidak perlu menuduh yang bukan-bukan, sebab PDO join sekali dulu. Sekarang sudah sedar dan kembali ke pangkal jalan. Puak-puak UMNO juga gemar berpoya-poya, betina sana sini, minum arak dan berhibur bila sudah banyak wang. Hal-hal agama terutamanya solat lima waktu, puasa dan sebagainya hancur lebur. Bukan baru sekarang PDO kenal puak-puak UMNO ini. Oleh itu, siapakah pemimpin yang "haramjadah" sekarang?. Memanglah ada ahli PAS yang tidak betul, tetapi sekurang-kurangnya mereka menegur dan mendidik jiwa manusia ke arah Islam dan kebenaran.

BraveHeart
: "Kita menonton di TV dan melihat bagaimana penyokong-penyokong PAS yang bersikap kurang ajar dan kasar tanpa segan silu menganggu proses demokrasi dari berjalan sempurna dengan menganggu proses pilihanraya. Mereka yang memakai jubah dan pudrah tetapi perangai seperti kinzir yang mengganas. Ini kah yang TG Nik Aziz dan para ulamak p***mak PAS ajarkan? Ini kah ajaran Islam?" PDO: BraveHeart menonton TV3 Suku, RTM dan media arus perdana rupanya. Patutlah hanya nampak yang penyokong PAS bersikap kurang ajar serta mengganggu proses demokrasi. Macamlah penyokong UMNO dan BN itu baik-baik serta berahklak belaka?. Tidak perlulah untuk diungkitkan perkara yang sudah berlalu jika BraveHeart hanya bertuhankan "media arus perdana" yang memang kerjanya untuk memutar belitkan apa yang berlaku. Kerja mereka menyiarkan segala perlakuan pembangkang, sebaliknya keburukan puak-puak UMNO dan BN ditutup serapat-rapatnya. Sebab itulah jiwa karat BraveHeart semakin menebal dan kian membara. Rupanya BraveHeart gagal untuk berfikir dengan akal fikiran dan otak yang diberikan oleh Allah. Berfikir dengan "hatiberani" sendiri, memanglah namanya. Oleh itu, BraveHeart perlu belajar menjadi pemerhati yang "tidak cukup akal" dan "neutral" hendaknya.

BraveHeart:
"Penyokong-penyokong PAS telah berbaring seperti lembu-lembu ditengah jalan sewaktu menyekat perjalanan Sultan Perak ke upacara perlantikan YB Zambry sebagai Menteri Besar Perak. Kini mereka terkinja-kinja seperti beruk sarkas dan bertindak ganas seperti kinzir di Manek Urai. Memang penyokong-penyokong PAS bodoh, bangang, dungu, bahlol tahap kinzir...maaf, bukan kinzir...tapi BABI dan jumud" PDO: Masya Allah, manis benar kata-kata BraveHeart kepada penyokong PAS. Nampak benar yang BraveHeart memang berdendam kepada mereka. BraveHeart tidak tahu isu sebenar Perak yang bermula dengan "rampasan kuasa" yang menyebabkan rakyat marah. Cuba perkara sebegini berlaku kepada BraveHeart?. Apakah agaknya yang akan dilakukan?. Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh BraveHeart itu adalah saling tak tumpah seperti mengutuk diri sendiri. Rakyat yang celik mata dan tidak buta hati sebenarnya dapat menilai apa yang berlaku di depan mereka. Oleh itu, usahlah BraveHeart terlalu "taksub" dan "kecewa" dengan badi kekalahan BN di Manek Urai, hingga tergamak mengeluarkan ungakapan sebegitu.

BraveHeart:
"Penyokong-penyokong PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi bersikap ganas terhadap sesama Islam sehingga sanggup mencederakan orang lain ketika berkempen di PRK Manek Urai. Ajaran Islamkah itu?" PDO: Apakah BraveHeart mempunyai bukti yang penyokong PAS terlibat?. Mahkamah mana yang telah bicarakan kes ini?. Malahan dua puteri UMNO yang kononnya kena batu itu kelihatan gembira ketika di temubual oleh TV3. Maklumlah muka mereka masuk TV. Tidak langsung kelihatan sakit atau cedera di kepala atau di mana-mana. Usahlah BraveHeart membuat andaian sendiri bahawa penyokong PAS yang terlibat. Mungkin juga ada penyokong UMNO yang memakai baju PAS dan kemudiannya membuat kerja terkutuk itu. Apakah BraveHeart tidak nampak permainan dan strategi sebegini? Jangalah menyalahkan orang lain. Kerana mungkin juga ada penyokong UMNO yang "baling batu sembunyi tangan"

BraveHeart:
"Saya minta pihak kerajaan mengkaji semula pendaftaran PAS sebagai parti politik di Malaysia, mengkaji semula pengunaan nama Islam dan pertubuhan politik dan mensyaratkan supaya mereka-mereka yang terlibat dengan keagamaan atau tokoh-tokoh agama supaya tidak dibenarkan terlibat dalam politik supaya mereka tidak membawa ajaran songsang dan menerapkannya dalam politik negara. Sebelum ini saya tak pernah bersikap kurang ajar begini, tetapi ini yang PDO dan penyokong pembangkang ingin saya lakukan, jadi saya sahut cabarannya dan lakukan untuk mereka semua. Kadang-kadang jika kita bersikap mendiamkan diri orang lain akan mengambil kesempatan diatas sikap tolak-ansur kita itu. Kepada PDO yang busuk hati, saya bersedia menentang bila-bila masa pun" PDO: Sungguh memalukan bila BraveHeart mahu kerajaan mengkaji semula pendaftaran PAS sebagai parti politik di Malaysia. Macamlah suara BraveHeart hendak didengar hingga ke Putrajaya. BraveHeart itu siapa?. Lainlah Saiful Bukhari Azlan, si mangsa liwat itu. Biarpun gagal dalam pelajaran dan kerja dengan Anwar, tetapi Najib bermurah hati mahu berjumpa dengan beliau. tapi BraveHeart siapa?. Ajaran songsang dibawa oleh UMNO bukannya PAS. BraveHeart tidak nampak ke, Islam Hadhari dilaung-laungkan tapi umat Islam terus rosak dan punah ranah. Pusat perjudian, hiburan dibiarkan sebebasnya tanpa sekatan. Malah, destinasi itu sudah menjadi mainan bagi anak-anak orang Melayu untuk "clubbing", minum arak, berpesta maksiat dan sebagainya. Apakah BraveHeart nampak semua ini? Sekali sekala pergilah menjengok ke Jalan Wong Ah Jang di Kuantan. Singgah juga di Pub & Bistro seperti Swing, Coco Loco, R8 dan banyak lagi. Disitu nanti BraveHeart akan sedih kerana ramainya anak orang Islam meneguk minuman haram dan mendedahkan aurat. Ajaran Islam Hadhari ke itu?. Makanya BraveHeart perlu buat "solat Ishtiharah" supaya Allah beri petunjuk, parti manakah yang membawa kebahagian dunia dan akhirat. Lainlah BraveHeart dapat projek juta-juta daripada UMNO dan BN. Tapi kalau setakat menulis dan menaip jari jemari di komputer, eloklah kembali ke pangkal jalan.

[Semoga BraveHeart berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan ini. Anggaplah segala kekalahan itu sebagai takdir dari Allah atas kesombongan pemimpin UMNO yang jelas telah menabur berbagai janji manis dan wang ringgit buat rakyat Manek Urai. Mujurlah BN kalah, jika BN menang semalam, sudah pastilah BraveHeart juga akan menangis kerana kemenangan bersejarah itu. Anggaplah kini, parti karat UMNO sudah tidak lagi relevan untuk dipertahankan. Malah, UMNO akan berkubur dan mereput dari masa ke semasa. Eloklah BraveHeart kembali ke pangkal jalan dan jangan membuang masa untuk mempertahankan segala kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN. Ingatlah, bahawa segalanya akan dibalas oleh Allah dikahirat kelak. Biarlah kita gagal didunia ini, asalkan kita dianggap pejuang untuk membela rakyat dan memartabatkan agama Allah tertegak di muka bumi ini sebenarnya. Klik Blog BraveHeart].

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower