.
`
refresh 4 new artikal
.

24 July 2009

3,000 hadir debat isu kematian Teo

Kira-kira 3,000 orang, sebahagian besarnya berpakaian hitam, membanjiri Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) sebagai tanda sokongan padu kepada Teoh, yang ditemui mati di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam minggu lalu.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dan ahli parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad, adalah antara yang menyertai perhimpunan selama tiga jam itu.

Hadirin berdiri memberi penghormatan kepada Tunang Teoh - Soh Sher Wei - yang sedang mengandung anak mereka, ketika dia masuk ke dewan.

Mereka turun memegang poster Teoh manakala kain rentang turut dipasang, antaranya berbunyi "Rakyat berhak mengetahui kebenaran!!! Pembunuh mesti dihukum".

Teoh - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang juga ADUN Seri Kembangan - ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Khamis lalu.

Dia dipercayai jatuh dari tingkat 14 - tempat terletaknya pejabat SPRM.

Sebelum itu, Teoh telah disoal siasat oleh SPRM - sebagai saksi - berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Teoh dikebumikan Isnin lalu di Semenyih. Polis berkata, siasatan kematian Teoh sudah 60 peratus siap.
~malaysiakini~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower