.
`
refresh 4 new artikal
.

17 June 2009

Umno Cadang Jemput Hadi Rasmi Mesyuarat Bahagian

Berkisar tentang kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS, seorang pembaca blog ini telah mengutarakan satu idea yang bernas dan menarik untuk difikirkan walaupun pada masa yang sama disedari idea itu akan mendatangkan banyak persoalan pro dan kontra di kalangan dua parti itu.

Idea pembaca itu mudah sahaja iaitu menjemput Presiden PAS Haji Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa merasmikan persidangan UMNO peringkat bahagian yang akan berlangsung bulan hadapan.

Kalaupun, merasmikan persidangan perwakilan dilihat tidak sesuai ataupun dilihat melanggar status quo, apa salahnya buat satu majlis khusus dan jemput kedua pemimpin PAS yang pro kerajaan perpaduan itu untuk merasmikannya.

Bayangkanlah senario Hadi dan Nasharuddin berada di pentas UMNO. Bayangkan mereka berada bersama kelompok pemimpin dan penyokong UMNO. Ya, jika idea itu menjadi kenyataan ia sesuatu yang amat menarik dalam politik negara ini. Kerana selama ini sekiranya adapun pertemuan di kalangan pemimpin UMNO-PAS ia hanya atas platform yang dianjurkan pihak ketiga, dan bukan dianjurkan salah satu parti tersebut.

Pembaca itu seterusnya menjelaskan bahawa, walaupun ia kelihatan sukar untuk dilaksanakan, tetapi ia adalah sesuatu yang sangat berharga untuk dicuba. Tidak rugi untuk mencuba sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan kepada negara. Soal adanya penentangan dari penyokong kedua parti itu usah diambil kira sangat, kerana suara-suara yang tidak suka melihat proses ke arah perpaduan dua parti orang Melayu dan Islam itu akan terus berirama dengan memberi pelbagai nada bagi menidakkan perpaduan di kalangan orang Melayu.

Jikalau soal ego dan kepentingan diri sendiri dapat diketepikan, idea itu tentu boleh dilaksanakan. Yang pasti, tiada yang mustahil bagi melaksanakannya, soalnya hendak atau tidak sahaja.
~ mykedah~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower