.
`
refresh 4 new artikal
.

19 June 2009

UG dan BN : Ketagihan yang melampau ! Nizar samseng ?

BN Sangat Tagihkan Kerajaan Perpaduan |johornews
Kerajaan Barisan Nasional kian berangan-angan agar kerajaan perpaduan menjadi kenyataan. Walaupun BN tahu ianya tidak akan menjadi kenyataan, Kini BN mula di lihat cuba menjadi 'hero' perpaduan. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, UMNO dan BN akan tetap meneruskan kerja membantu rakyat di negara ini sama ada kerajaan perpaduan itu wujud atau tidak. "Saya lihat setiap hari ada syarat baru, kalau jadi, Alhamdulillah, tetapi kalau tidak, kita terus jalankan tugas kita.

''Rakyat mahukan kerja kita diteruskan dan saya tengok Perdana Menteri masih bersungguh mahukan agenda besar negara dijayakan," katanya lagi. Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapha Ali yang mahukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbincang dengan semua parti dalam pakatan pembangkang sebelum memutuskan sebarang kerjasama mengenai kerajaan perpaduan.
Off topik kejap. Di bawah ni wak letakkan artikel yg boleh membakar jiwa samseng !
Oleh : Nasir [kembaradiri]

[..] Teringin juga nak mengulas pasal YAB Nizar digantung dewan ari tu. Ulasan ini pun bukan nampak sangat dari sudut politik cuma nak ajak kita berfikir sedikit. Tertarik aku satu artikel dalam surat khabar arini tentang ulasan Y.B Nizar tentang tindakannya melaungkan perkataan 'Bubar DUN'. Begitu juga dengan pemakaian lilit kepala yang dipakai oleh beberapa AP yang lain tanda protes tentang kemelut politik yang berlaku di negeri aku ni. Aku memuda dulu x pakai lilit kepala cuma 'key' warna merah, nak rock katakan...hahahaha.

Apa yang diulas oleh YB Nizar ialah gelaran samseng terhadapnya oleh pihak yang sebelah lagi. Mujur juga samseng sahaja kalu tambahan jalanan haru biru lagi le politik kita ni. Apa yang menarik perhatian adalah kata YB Nizar ialah tindakan samsengnya itu tidaklah sehebat samseng yang dilakukan oleh pihak BN. Samseng pihak BN adalah terlebih dengan pelbagai tindakan yang dirasakan tidak sesuai dilakukan kepada pihak lawannya. Dirasakan oleh pihak YB Nizar bahawa tindakannya tidak sebesar 'dosa' BN terhadap 'kesamsengan'(bole ke frasa kata ni??) yang telah dilakukan.

Ermmm... apa yang menarik perhatian aku adalah frasa kata samseng itu sendiri. Satu pihak berkata samsengnya taklah besar sangat dari samseng yang satu lagi. Maka disini kita lihat kedua-dua pihak tu seakan memang samseng cuma samseng besar atau kecil sahaja. Persoalannya pada YB Nizar, apakah jika ada orang yang samseng dengan kita maka kita harus juga 'bersamsengan' untuk menunjukkan kita juga hebat?? Bukan bermaksud hendak menghentam YB kita tu dari sudut politik, cuma tapi kenyataannya itu yang haru biru sikit. Kata Tan Sri P. Ramlee dalam filem '3 Abdul' 'Eloklah tu bapa penyamun bertemu bapa penipu' lebih kuranglah camtu dialognya yang bermaksud korang tu lebih kurang sama aje. Bukanlah marah cuma nasihat..... tapi pada aku setiap perkara salah yang dilakukan oleh orang lain bukan tiket untuk kita melakukan dosa itu dengan kata2 'alah org dulu lagi teruk apa salahnya aku wat camtu bukannya teruk sangat'.

So, sendiri makan pengat sendiri mau ingat...(selanjutnya..untuk lebih terbakar dan berasap KLIK blog sahabat wak ini )
~al-banjari~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower