.
`
refresh 4 new artikal
.

02 June 2009

Takutnya UMNO pada Husam !!!!!

Assalamualaikum,

Ramai pemimpin dan ahli UMNO kini cenderung mengambil tahu perjalanan Muktamar Agung PAS yang akan diadakan di Shah Alam, Selangor pada minggu ini. Jika sebelum ini Muktamar Agung PAS dipandang sepi, namun kini mereka memandang dengan penuh minat.

Saya berkesempatan menemui rakan-rakan yang memegang jawatan penting dalam UMNO. Kebanyakkan mereka nampaknya berharap Dato' Husam Musa tewas dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS.

UMNO takut Husam

Jentera media UMNO seperti Utusan Malaysia telah beberapa kali menghentam dan memburukkan Husam dalam akhbar mereka. Mereka tiada niat lain kecuali mahu memburukkan kredibiliti Husam dan mahu Husam tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS.

Ini kerana mereka sangat takut akan masa depan UMNO yang akan pudar jika Husam diangkat menjadi Timbalan Presiden PAS. Seorang rakan saya memberitahu dalam perbualan kami di sebuah restoran di Ampang Jaya, Selangor.

"Aku nak Husam kalah dan ustaz Nasa menang", kata rakan saya yang juga seorang ahli UMNO Bahagian Ampang Jaya.

"Kenapa kau sibuk nak Husam kalah?", tanya saya.

"Bahaya kalau Husam menang", jawabnya dengan selamba.

"Apa yang bahaya kalau Husam menang?", tanya saya dengan rasa kurang senang dengan perkataan 'bahaya' yang diungkapkan kawan saya.

"Sebab PAS akan kuat jika Husam jadi Timbalan Presiden. Dia seorang yang hebat, tak ubah seperti Allahyarham Ustaz Fadzil Noor. Sakit UMNO masa zaman ustaz Fadzil", jawab rakan saya.

"Lagipun, kalau Ustaz Nasa menang PAS akan lemah sebab ustaz Nasa tu naif..mudah kena tipu dengan UMNO", kata rakan saya seorang lagi dengan penuh semangat. Rakan saya ini adalah orang kuat Pemuda UMNO Sepang, Selangor.

"ohh..begitu...", komen saya dan bermenung sejenak.

Perbualan kami teruskan hingga lewat malam. Daripada kata-kata mereka nampak sangat UMNO berharap Husam akan kalah kerana bagi mereka Husam adalah masa depan kekuatan PAS berbanding ustaz Nasaruddin yang walaupun dia seorang Ulama namun sangat naif tentang politik hingga begitu mudah senang ditipu UMNO kelak.

Buktinya semasa isu muqabalah, begitu mudah ustaz Nasa ditipu dengan permainan politik licik UMNO hingga menyebabkan PAS berpecah dua sehingga ke saat ini. Tahniah UMNO. Jika tidak kerana ketegasan Mursyidul Am sudah tentu kapal PAS sudah karam dibadai ombak politik licik UMNO.

Kepada Perwakilan PAS...sokonglah Husam. Beliau adalah anak didik Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang paling kita kasihi. Menolak Husam bermakna menggelapkan masa depan PAS dan perjuangan Islam kita yang penuh suci.

Sekian dan Renungkan

~bandahara tun perak~

2 comments:

  1. siapa pemuda umno tu??? kau jangan lah jadi macam anwar ibrahim bila bercakap, cakapnya itu dusta dan bila berjanji dia mungkir. bukan kata umno, anjing pun tak pernah takut dengan husam pondan tu. kenapa husam lari bila nak berdepan dengan ezam kat tv9 hari tu??? run husam run!!!! kau yang sebenarnya nak promote husam dan kau cuba nak buruk-buruk ustaz nasa. kau yang sebenarnya anjing husam kan??? kalaulah husam tu anak didik nik aziz, kenapa sampai sekarang nik aziz tak bagi aje jawatan KM kelantan kat husam. adakah sebab nik aziz tak percaya kat husam??? atau memang nik aziz tu kemaruk kuasa??? yang sebenarnya husam tu anak didik anwar ibrahim lah bodoh. kau tengok hari tu kan macam mana husam lari dari ezam kat tv9, sama macam anwar ibrahim lari ke kedutaan turki. sekarang ni kepimpinan ulamak sudah tidak relevan lagi dalam pas. pas bukan pejuang islam lagi tapi pas adalah pejuang demokrasi ciptaan yahudi. pas lebih risau kalau demokrasi mati (mat sabu) kat malaysia dari islam mati kat malaysia. kalau husam jadi timbalan presiden pas maka bukan saja kepimpinan ulamak tidak relevan tapi kepimpinan ulamak akan terus lenyap dalam pas. oleh itu kalau nak tengok islam terus subur dalam pas, kena sokong ustaz nasa bukannya husam si anak murid anwar ibrahim tu.

    ReplyDelete
  2. Ni lah artikel paling bodoh yang pernah aku baca.

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower