.
`
refresh 4 new artikal
.

20 June 2009

RETREAT KHAS ISU KERAJAAN PERPADUAN

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, satu retreat akan diadakan pada 18-19 Julai 2009 untuk AJK PAS Pusat dan AJK Majlis Syura Ulama mngenai isu kerajaan perpaduan.

Bincanglah apa baiknya dan apa buruknya konsep kerajaan perpaduan dari semua aspek dan jangka masa, namun kepercayaan dan rasa hormat terhadap PAS di kalangan bukan Islam dan komponen Pakatan Rakyat juga harus diambilkira.

PAS anjur retreat khas bincang kerajaan perpaduan


PAS akan menganjurkan retreat khas 18 dan 19 Julai depan bagi menyelesaikan perbezaan pendapat di kalangan pemimpinnya khasnya berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, anggota retreat ini adalah AJK PAS Pusat dan AJK Majlis Syura Ulama.

Di Kota Bharu baru-baru ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan agar PAS mengadakan satu seminar khas berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan ini.

Beliau mencadangkan agar Setiausaha Agung PAS yang baru, Datuk Mustafa Ali menganjurkan seminar ini.

Mustafa ketika dihubungi Siasah berkata, pihaknya telah mempunyai perancangan untuk mengadakan seminar ini.

"Mandat telah diberikan kepada Ketua Penerangan PAS yang baru, Ustaz Idris untuk menguruskannya," kata Mustafa.

Idris ketika dihubungi berkata, retreat ini adalah permulaan.

"Selepas sudah disepakati oleh pimpinan PAS, kita akan turun ke negeri-negeri dalam bentuk munaqasyah ucapan dasar.

"Kita akan bincang dalam program ini apa-apa perbezaan pendapat dalam PAS. Ini kerana yang bercakap menyokong gagasan inipun kadang-kadang tidak faham, apatah lagi yang menentangnya," kata Idris kepada Siasah.

Idris berkata, beliau pada awalnya mencadangkan agar ia dibuat secepat mungkin memandangkan isu ini tengah panas sekarang namun pimpinan PAS yang lain mencadangkan ia dibuat selepas pilihan raya kecil Manek Urai.

"Penamaan calon Manek Urai 7 Julai, pilihan raya 14 Julai. Jadi kita akan buat hujung minggu selepas itu iaitu 18 dan 19 Julai," katanya lagi.

Siasah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

4lower