rais yatim buat lawak!
Jentera BN perlu berhemah dekati pengundi: Rais
KOTA BHARU: Jentera kempen Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai diingatkan supaya mendekati pengundi secara berhemah agar tidak melahirkan prasangka di kalangan mereka.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr Rais Yatim, berkata untuk itu pihaknya kini sedang menyiapkan laporan sosioekonomi dan sosiopolitik pengundi bagi kegunaan menyeluruh semua pihak berkaitan.
Pilihan raya kecil ini adalah ujian yang amat berat bagi semua pihak, tetapi saya yakin kebolehan jentera BN menggerakkerjakan projek yang memberi nafas baru kepada pengundi akan memberikan gemblengan faedah yang amat ditunggu-tunggu.
"Bagaimanapun, cara kita mendekati kepentingan pengundi itu seharusnya diberi perhatian. Ia tidak sepatutnya melahirkan prasangka bukan-bukan. Dalam lain perkataan, segala bantuan yang diberi kepada mereka mesti dilakukan secara berhemah,” katanya.
"Kementerian ini juga akan menyiapkan laporan sosio-ekonomi dan sosiopolitik pengundi bagi kegunaan semua pihak berkaitan dan kita akan meneruskan khidmat ini ke tahap yang benar-benar dapat disertai oleh pelbagai pihak," katanya selepas memberikan taklimat kepada kakitangan agensi dan jabatan di bawah kementeriannya di Kelantan, semalam.
Dalam pada itu, Rais berkata, kementeriannya akan menyemarakkan lagi kebudayaan Melayu di negara ini dengan meletakkan keindahan budaya secara yang dapat dinikmati oleh semua pihak.
Bagi tujuan itu, pesta kebudayaan Pantai Timur membabitkan Kelantan, Terengganu dan Pahang akan diadakan di Kelantan Julai ini, sebelum diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.
~kerabubersuara~
No comments:
Post a Comment